Sunday 11 November 2012

Khasiat Ekstrak Biji Anggur Dalam Kolagen BB Plus!



Anggur




BENTUKNYA bulat kecil seperti bola, warnanya pelbagai mulai dari merah, hitam, biru, ungu bahkan hijau. Rasanya manis sedikit asam. Itulah anggur. Selain boleh dimakan langsung, biasanya dijadikan bahan untuk membuat minuman, khusus anggur hitam kecil jila dikeringkan akan menjadi kismis. 

Anggur sudah terkenal berabad lamanya. Buktinya, dalam mumia di Mesir yang telah berusia lebih dari 3,000 tahun ditemui biji-biji anggur yang diduga merupakan bekal kematian. Buah menyegarkan ini boleh menjadi santapan yang lazat apatah lagi jika dihidangkan dalam bentuk salad lengkap dengan sos dan parutan keju. 



Khasiat Ekstrak Biji Anggur


Agar lebih selesa dimakan, biasanya orang memilih anggur tanpa biji. Jika makan anggur berbiji, anda pasti akan membuangnya. Namun sebelum mengeluarkan biji anggur dari mulut, sebaiknya anda tahu bahawa khasiat buah ini akan makin tinggi jika diambil keseluruhan mulai dari buah, biji & juga kulit. 

Pensyarah ilmu gizi Fakulti Perubatan Universiti Muhammadiyah Malang (UMM), Dr. Febri Endra Budi Setyawan M.Kes menjelaskan, biji anggur mempunyai khasiat sama besar dengan isi dan kulitnya. 

Dalam biji anggur terdapat mineral mikro iaitu seng dan mangan. Dua mineral ini banyak terdapat pada anggur merah. Dr.  Febri menambah, seng dan mangan sangat penting untuk menjaga libido seks dan kesuburan lelaki.

"Manfaat lain seng dan mangan bagi kesihatan lelaki adalah mencegah dan membantu mengatasi keradangan prostat," jelasnya.



Antara punca yang menyebabkan nafsu (libido) menurun adalah kerana kekurangan nutrisi dalam badan yang membawa kepada gejala kurang berat badan, berlebihan berat badan (obesiti), jangkitan penyakit yang kerap, keletihan yang berterusan, tertekan atau stress, mudah marah dan sebagainya.

Manfaat lain dari biji anggur adalah kemampuannya untuk memperlahankan proses penuaan, mencegah penyempitan pembuluh darah (aterosklerosis) yang sering kali menjadi penyebab strok dan serangan jantung.

"Biji anggur mengandungi sebatian proantosianidin (Proanthocyanidin). Sebatian ini mampu merangsang pembentukan rangkaian kolagen yang akan menggantikan kulit yg sudah tua dan rosak, kerana itulah ia mampu  memperlahankan proses  penuaan pada manusia, "ceritanya panjang lebar.

Proantosianidin popular dengan istilah OPC. Jika dibandingkan, kekuatan OPC, khasiatnya adalah 20 kali ganda berbanding dengan vitamin C, A dan E. Mengikut kajian, kekuatan ini berpunca dari banyaknya jumlah ikatan rangkap atom karbon dalam rantai molekul OPC.

"Keunikan komposisi molekulnya menjadikan OPC dalam biji anggur mampu melumpuhkan jauh lebih banyak radikal bebas dan menggiatkan peremajaan sel sehingga melambatkan proses penuaan," tegasnya.

Apabila dibandingkan dengan suplemen antioksidan vitamin A dan E, Dr. Febri mengatakan suplemen ekstrak biji anggur lebih baik & sesuai dengan tubuh manusia kerana OPC bersifat larut dalam air, sehingga kelebihan dos pengambilan OPC akan dibuang ke luar dari tubuh terutama bersama urine.

"Jadi apabila anda terlalu banyak makan anggur dan bijinya. Kesan yang mungkin akan timbul adalah, sering buang air kecil, " tambah beliau. 



Kajian Tentang Ekstrak Biji Anggur


Biji anggur

Kita tengok kesimpulan penyelidik dari Universiti Alabama, Amerika Syarikat, terhadap tikus percubaan. Dalam kajiannya, sekumpulan tikus tanpa bulu didedahkan kepada sinar ultraviolet (UV). Beberapa ekor tikus diberi makanan tambahan (ekstrak) mengandung bahan kimia berasal dari biji anggur (grape seed proanthocyanidins / GSPs), sedangkan tikus lain diberikan makanan biasa tanpa tambahan. 

Berdasarkan pemerhatian dan hasil ujian makmal, tikus yang diberi tambahan ekstrak GSPs bertindak balas positif dan cukup berkesan menghalang pengaruh buruk UV, yang boleh mencetuskan karsinogenik (pencetus kanser). Tumor yang ada di tubuh tikus-tikus itu 78 peratus lebih kecil daripada yang tidak diberi ekstrak biji anggur. 

Dr Santosh K Katiyar menekankan dalam pembentangan beliau dalam suatu persidangan tahunan American Chemical Society, disebutkan bahawa GSPs mempunyai antioksidan aktif. Seperti yang diketahui, sinar UV boleh menghalang sistem kekebalan badan dan masalah tersebut boleh dielakkan dengan GSPs.

Beliau menganjurkan pengambilan ekstrak GSPs secara teratur sebagai suplemen harian untuk meningkatkan imuniti tubuh dari serangan radikal bebas sekali gus mengurangkan risiko dan mengelakkan bahaya kanser kulit. 

Sementara itu, penyelidik Shiuan Chen PhD dari Beckman Research Institute of the City of Hope menjelaskan bahawa jus anggur (dengan bijinya) efektif menghalang pertumbuhan sel kanser dengan menghalang sintesis hormon estrogen yang berperanan besar dalam perkembangan kanser payudara. 

Jadi, mulai sekarang tentu tiada alasan lagi untuk menolak makan anggur bersama kulit dan bijinya kerana lebih bermanfaat dan berkhasiat.


Manfaat Tambahan Ekstrak Biji Anggur


* Mencegah pembentukan plak dalam arteri.

Meningkatkan kecerdasan mental dan boleh membantu untuk mengelakkan keadaan uzur.

Mencegah kerosakan gigi.

Membantu untuk mencegah osteoporosis.

* Boleh mengganggu pertumbuhan dan perkembangan sel kanser.

Membantu peredaran darah.

Mengatasi komplikasi disebabkan oleh kencing manis.

Meredakan konstipasi (sembelit).

* Ia adalah larut minyak, menyampaikan perlindungan antioksidan denganmenembusi membran sel seluruh badan.


Di antara sekian banyak buah-buahan, buah anggur telah disebutkan sebanyak 14 kali di dalam Al-quran. Telah disebutkan juga di dalam Al-Quran anggur memiliki khasiat dan kegunaan yang luar biasa. Anggur yang kering disebut kismis dan kismis yang baik biasanya berukuran besar, berlemak, dan banyak mengandungi minyak, juga berkulit tipis dan bijinya sedikit.

Menurut Hisham Tahlbah dalam karyanya bertajuk Ensiklopedia Mukzijat Alquran dan Hadis, kismis yang seperti itu kaya kandungan gizi. Jika dimakan bijinya akan memberi manfaat yang banyak untuk pencernaan, hati dan limfa.



Khasiat Ekstrak Biji Anggur Dalam Kolagen BB Plus





Khasiat ekstrak biji anggur yang terdapat dalam kolagen BB Plus juga dapat membantu dalam mendapatkan khasiat-khasiat yang dinyatakan di atas.

Malah khasiat BB Plus lebih banyak kerana terdapat ramuan khas yg istimewa seperti kolagen ikan terhidrolisis, jus Roselle, Vitamin C, jus buah blackcurrant, serat epal & inulin. 

Klik pada gambar di atas utk maklumat lanjut BB Plus sekarang!




Sms 019 5452006 atau 

inbox facebook: Bio Ever Siti Fathimah
utk maklumat lanjut






No comments:

Post a Comment