Thursday, 1 November 2012

Alahan Hidung...Syuuuhhh!



Apa Itu Alahan Hidung?


Adakah anda sering merasa gatal di hidung dan sering bersin? Tidak kira di mana sahaja, anda pasti akan berkeadaan sedemikian. Keadaan akan menjadi teruk apabila dikelilingi bahan-bahan tertentu yang mendatangkan masalah pada hidung anda. Jika anda merasa begitu, mungkin bermakna anda menghidap alahan hidung.

Apa Itu Alahan Hidung


Alahan maknanya reaksi seseorang kepada sesuatu secara berlebihan. Contohnya, jika seseorang itu alah pada makanan seperti udang dan sebagainya, ia akan mendapat gatal-gatal. Jika mereka alah pada ubat pula, seseorang itu akan mendapat kesan yang teruk seperti sesak nafas. Itulah alahan.

Alahan hidung yang juga boleh dikenali sebagai 'allergic rhinitis' bermaksud seseorang itu memberi reaksi pada sesuatu benda secara berlebihan seperti habuk, debunga, cuaca sejuk atau sesetengah makanan.


Simptom atau Gejala

 Anda boleh mengalami salah satu atau banyak gejala. 
Gejala-gejala boleh berlaku secepat 5 minit selepas anda terdedah kepada 'allergen', atau lebih lama (biasanya 3 hingga 6 jam).


Gejala-gejala yang agak lewat berlaku
:


# Sumbatan hidung, mungkin bersama bersin yang berulang
# Mata sensitif kepada cahaya.
# Cepat marah
# Kurang bertenaga
# Kurang tidur
# Bernafas melalui mulut kerana hidung tersumbat.
# Berubah deria bau.
# Batuk yang berulang.
# Masalah-masalah pada sinus dan tiub Eustachian
#Tekanan yang kuat di dalam telinga atau kurang pendengaran.
# Sakit atau rasa tidak selesa pada muka.
# Tanda atau tompok gelap dibawah mata ('allergic shiners').
# Kerap menggosok hidung, yang boleh terbentuk lekukan pada batang hidung ('allergic crease').
# Kerap menggosok hidung ke atas dengan tapak tangan untuk mengurangkan kegatalan dan membesarkan rongga hidung ('allergic salute'). Ini biasanya dilihat pada kanak-kanak.

Gejala alahan hidung biasanya berlaku seumur hidup tanpa mengira jenis-jenis gejala.



Simptom alahan biasanya menjadi lebih teruk pada waktu pagi dan semasa tiupan angin kencang di mana kandungan bahan pencetus alahan banyak terdapat dalam udara. Individu yang mempunyai alahan hidung juga kerap mendapat penyakit alahan yang lain seperti asthma (lelah), eczema (radang kulit) atau gatal-gatal kulit.



Fenomena Alahan Hidung 
Apa Kata Doktor?

    HIDUNG tersumbat, gatal, bersin dan mata berair - keadaan itu tentu menimbulkan rasa kurang selesa!

    Dianggarkan, hampir 1.4 bilion penduduk dunia mengalami gangguan alahan dan peratusan kejadian itu semakin meningkat, menjadikan ia antara masalah perubatan kronik paling lazim di dunia. Malah, kes alahan hidung di rantau Asia Pasifik juga semakin meningkat dalam tempoh 10 tahun ini.

    Di Malaysia, rinitis antara penyakit yang sering dihidapi dan menjejaskan 40 peratus penduduk. Alahan adalah punca utama rinitis di kalangan pesakit kanak-kanak dan pertengahan usia membabitkan 80 peratus.

    Bagaimanapun, di kalangan pesakit lebih berusia, hampir separuh menghidap rinitis alergi manakala selebihnya mengalami gangguan bukan alergi.

    Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Dr Prepageran Narayanan, berkata ada dua jenis alahan hidung yang utama iaitu gejala yang berlaku sekali sekala dan gejala yang berlarutan.

    “Alahan hidung sekali sekala berlaku kurang empat hari seminggu atau kurang empat minggu berturut-turut, manakala alahan hidung berlarutan berlaku lebih empat hari seminggu dan lebih empat minggu berturut-turut,” katanya.


    Menurutnya, anasir paling lazim menyebabkan alahan hidung ialah bahan di luar rumah seperti kulat, pokok, rumput atau debunga rumpai manakala antara bahan di dalam rumah yang menyebabkan alahan ialah habuk, hama permaidani, bulu binatang, najis lipas dan kulat serta makanan pedas. Selain itu, ada pesakit yang sensitif dengan keadaan sejuk, perubahan cuaca atau makanan tertentu.

    “Pendedahan terhadap bahan itu menyebabkan individu terbabit mengalami hidung tersumbat, gatal, bersin, berlendir atau mata berair. Rinitis alergi dan resdung ada kaitan antara satu sama lain kerana rinitis alergi menyebabkan hidung tersumbat dan seterusnya menyebabkan resdung.

    “Resdung ialah radang pada lapisan bahagian dalam hidung yang boleh menyebabkan akut atau kronik. Apabila resdung menyebabkan hidung tersumbat dan dipenuhi cecair (lendir), kuman mudah membiak dan menyebabkan gejala seperti sakit kepala dan rembesan kuning dalam hidung.

    “Hidung tersumbat akibat resdung mungkin berpunca daripada kesejukan atau polip dalam hidung (ketumbuhan),” katanya.

    Menurutnya, apabila antigen ditemui, sistem imun pesakit alahan hidung akan menghasilkan histamin lalu menyebabkan timbulnya gejala alahan.

    Kaji selidik dijalankan antara 2009 hingga 2010 di lapan negara Asia Pasifik mencatatkan, daripada 491 kediaman yang ditinjau di Malaysia, 41 peratus kanak-kanak menghidap alahan hidung bermusim manakala 48 peratus menghidap alahan hidung perenial. Ini ketara berbanding 37 peratus orang dewasa yang menghidap alahan hidung bermusim dan alahan hidung perenial.

    Kaji selidik sama mendapati, kebanyakan peserta menyatakan alahan hidung menjejaskan mutu hidup mereka dan menyebabkan kemerosotan prestasi sekolah, prestasi kerja dan produktiviti, terutama apabila gejala serangan alahan hidung mencapai tahap paling teruk.

    Produktiviti dan mutu hidup juga mungkin terjejas apabila pesakit alahan hidung cuma merawat diri sendiri dan memakan ubat atau bahan antihistamin yang menjejaskan tidur.

    Dr Prepageran berkata, penting untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan betul. Alahan hidung yang dapat dibezakan dengan influenza biasa dengan tepat dan diuruskan dengan berkesan membolehkan pesakit meneruskan aktiviti harian dengan gangguan minimum.

    “Pesakit diminta tidak menggunakan ubat selesema yang dipilihnya sendiri apabila mengalami alahan hidung, sebaliknya berjumpa doktor bagi mendapatkan diagnosis dan ubat betul supaya gejala alahan hidung dikawal dan mutu hidup dipelihara,” katanya.


    Kempen 'Hentikan Bersin, Hapuskan Gatal'


    KESEDARAN... kempen Hentikan Bersin, Hapuskan Gatal yang memberi kefahaman orang awam mengenai alahan hidung.

    KESEDARAN... kempen Hentikan Bersin, Hapuskan Gatal yang memberi kefahaman orang awam mengenai alahan hidung.


    MSD melancarkan AERIUS D-12, ubat yang memberi kelegaan kepada penghidap alahan hidung dengan gabungan ubat terbaru antihistamin dengan rawatan hidung tersumbat yang tidak menyebabkan rasa mengantuk.

    Ubat terbaru dengan dwicirinya yang unik, merawat gejala seperti hidung tersumbat, gatal-gatal, bersin dan mata berair yang berlaku sekali sekala atau berlarutan.

    Bagi mengatasi masalah kurang kefahaman mengenai alahan hidung, MSD dengan kerjasama Persatuan Alergi dan Imunologi Malaysia (MSAI) melancarkan kempen Hentikan Bersin, Hapuskan Gatal.

    Kempen itu bagi meningkatkan kesedaran di kalangan orang awam mengenai sifat dan gejala alahan hidung serta perlunya bertemu doktor bagi mendapatkan diagnosis tepat dan rawatan betul.

    Klinik yang menyertai kempen berkenaan akan dibekalkan dengan bahan pendidikan dan bahan peragaan seperti risalah dan poster untuk menyampaikan mesej mengenai rawatan paling sesuai bagi alahan hidung.


    Kanak-Kanak Dan Alahan Hidung 

    Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami gejala alahan hidung, tidak pandai menyuarakan rasa sakit atau tidak selesa mereka melalui kata-kata, jadi mereka menyuarakannya melalui perubahan tingkah laku di sekolah atau di rumah seperti cepat marah dan depresi. Sesetengah kanak-kanak pula akan menjauhkan diri mereka daripada kawan-kawan kerana takut penyakit mereka akan berjangkit.

    Di bawah hanyalah beberapa potensi masalah yang boleh dihidapi oleh mereka. Rawatan dan pencegahan di peringkat awal adalah penting bagi memperbaiki kualiti hidup mereka dan mengurangkan kekerapan tidak hadir ke sekolah.


    Asthma / lelah

    Kekerapan bernafas melalui mulut apabila hidung tersumbat akan membuatkan bentuk tulang muka kanak-kanak berubah menjadi tidak normal, disusuli dengan pertumbuhan gigi yang tidak teratur.

    Radang telinga yang boleh menyebabkan kurang pendengaran atau pekak. Sekiranya kanak-kanak tersebut sedang belajar bercakap, mereka akan mengalami masalah pertuturan. 


    Alahan Yang Kerap Berlaku

    Contoh yang boleh dilihat, ialah apabila seseorang itu terdedah kepada habuk, habuk di sini bermakna 'house dust mite' atau hama yang kita tidak nampak dengan mata kasar. Alahan yang disebabkan oleh hama inilah yang kerap berlaku.

    Photobucket

    Hama punca utama alahan hidung

    Hama juga memang banyak terdapat dalam karpet, langsir, tilam, cadar dan sarung bantal yang tidak berganti. Hama ini makanannya pula ialah kulit-kulit yang gugur dari badan kita. Contohnya, jika kita baring di atas katil, kulit yang gugur akan menjadi makanannya. Najis hama itu akhirnya bercampur dengan habuk lain dan kemudian ia bertukar menjadi habuk dan habuk itulah yang membuatkan hidung menjadi bersin, gatal, tersumbat dan berair.

    Apabila berada di luar rumah pula, debunga terutamanya dari bunga boleh menyebabkan alahan pada hidung kita. Jika pesakit itu alah kepada debunga, hidungnya akan berasa gatal-gatal dan akhirnya ia akan bersin-bersin.

    Di sini gatal bukan bermakna gatal yang datang dari hidung sahaja. Kalau di peringkat teruk, mata kita boleh gatal. Ini adalah kerana mata dan hidung saling berdekatan. Selain itu muka juga boleh rasa gatal. Sesetangah pesakit pula lelangit mereka pun boleh rasa gatal.



    Bilakah Anda Perlu Menghubungi Doktor?


    Dapatkan nasihat doktor jika anda mengalami sebarang simptom berikut. Ia mungkin menunjukkan terdapatnya jangkitan kuman.

    ~ Peningkatan suhu badan
    ~ Sakit telinga
    ~ Pembengkakan kelenjar pada leher
    ~ Terdapat rembesan cecair berwarna kuning daripada hidung atau mata
    ~ Sesak nafas atau nafas berbunyi
    ~ Batuk yang berterusan


    Diagnosis Alahan Hidung


    Dua kaedah lazim digunakan untuk diagnosis alahan hidung. Diagnosis dibuat berdasarkan keluhan pesakit atau gejala yang ditunjukkan.

    1. Ujian pada kulit 

    Bahan yang dipercayai boleh menyebabkan alahan diletakkan di permukaan kulit biasanya sama ada di lengan atau belakang badan dilakukan untuk mengetahui bahan yang menyebabkan sensitif kepada pesakit.
    Tanda reaksi alahan dipantau oleh pengamal perubatan. Satu ujian yang dilakukan akan dapat keputusannya dalam masa 15 atau 20 minit.


    2. Ujian darah 

    Fungsi utama ujian darah bagi mengesan tahap hemoglobin dalam darah. Jika ada kecacatan, tanda alahan dapat dilihat pada tisu. Ujian ini biasanya digunakan apabila ujian pada kulit tidak dapat membantu atau gagal mengesan jenis alahan.



    Rawatan

    Walaupun diketahui tiada penyembuhan untuk masalah alahan setakat ini, perubatan dan panduan dapat membantu mengawal gejala alahan hidung. Pesakit perlu mengelak terdedah kepada bahan yang boleh menyebabkan alahan. Jika tidak dapat menghindarinya, beberapa jenis ubat boleh membantu mengurangkan alahan.


    Antihistamin

    Antihistamin digunakan untuk melegakan rinitis alergi, pruritus (gatal-gatal), rinitis, urtikaria (ruam dan gatal) dan tindak balas alergik lain. Antihistamin boleh dibeli dalam bentuk tablet, sirap atau semburan hidung. Ia membantu menghalang kesan keradangan hidung.


    Dekongestan

    Agen yang mengurangkan atau melegakan kesesakan hidung. Tugas dekongestan ialah mengecutkan saluran darah dalam hidung dan disediakan dalam bentuk semburan hidung atau tablet bagi menyediakan kelegaan segera masalah hidung tersumbat.

    Semburan hidung tidak sepatutnya digunakan lebih tujuh hari kerana ia boleh
    merosakkan tisu hidung dan menyebabkan gejala semakin teruk, keadaan yang dikenali sebagai ‘rhinitis medicamentosa’.


    Kortikoid

    Hormon steroid yang digunakan untuk merawat masalah radang jangka panjang kronik seperti asma, alahan kulit atau demam alergi.

    Kortikoid boleh didapati dalam dua bentuk iaitu semburan hidung dan tablet.

    Penggunaan kortikoid dalam dos tinggi dalam jangka panjang, terutama apabila diambil dalam bentuk tablet, boleh memberi kesan sampingan yang tidak diingini.

    Bagaimanapun, kortikoid dalam bentuk tablet hanya diberi kepada pesakit yang mengalami alahan teruk.


    Rawatan gabungan

    Kombinasi ubat terbukti berkesan dalam merawat alahan hidung dengan masalah hidung tersumbat.



    Penjagaan Kendiri


    :: Jika mata anda gatal, merah dan tidak selesa, bilas mata anda dengan air sejuk yang bersih atau gunakan cecair saline.

    :: Gunakan cecair saline untuk mencuci bahan yang mencetuskan alahan yang terperangkap di dalam hidung.

    :: Rendam tuala kecil dalam air suam dan letakkannya pada muka bagi melegakan hidung yang sakit dan tersumbat.

    :: Dapatkan tidur yang cukup – keletihan akan menyebabkan simptom menjadi semakin teruk.

    :: Kekalkan amalan hidup sihat: lakukan senaman setiap hari, berhenti merokok, elakkan bahan pencemaran dan makanlah makanan seimbang. 



    Tips Berguna!


    ~ Pastikan alat hawa dingin dan penapisnya sentiasa bersih.

    Elakkan menanam pokok bunga hiasan yang boleh mencetuskan alahan di dalam rumah dan di halaman.

    Pakailah cermin mata hitam pada hari yang berangin bagi melindungi mata daripada bahan pencetus alahan yang terdapat dalam udara seperti asap dan bahan kimia yang meruap.

    Pakailah penutup hidung dan mulut apabila memotong rumput atau membersihkan rumah.

    Bersihkan rumah dengan kerap. Penggunaan kain lembap dan pencuci hampagas adalah lebih baik berbanding penyapu.

    Elakkan menyimpan barang yang boleh mengumpul habuk di dalam rumah seperti karpet, bunga kering dan alas perabot.

    Elakkan haiwan seperti kucing dan anjing berada di dalam rumah.

    Gunakan kelengkapan tidur yang kurang merangsang alahan seperti bantal yang diisi dengan kapas sintetik.



    Rawatan Alternatif Untuk Alahan Hidung



    Bio Velocity Sleep Mate



    Tempat tidur lebih bersih dengan Bio Velocity Sleep Mate kerana ianya bersifat 'Anti Dust Mite'!

    Bio Ever Nano Cream 


    Membantu mengurangkan & menyembuhkan alahan dengan fungsi-fungsi seperti berikut:

    - melancarkan perjalanan darah
    - membuang toksin dalam badan
    - 'clear'kan bahagian yang ada blockage
    - renew sel-sel yang rosak/mati pada tubuh badan
    - menstabilkan hormon
    - dan banyak lagi!!




    Testimoni pengguna





    BB Plus Collagen



    Membantu mengurangkan & menyembuhkan alahan dalam masa yang cepat!


    Testimoni pengguna





    Jom ikhtiar untuk alahan hidung anda!
    Cegah sebelum parah!




    Sila sms saya di 019-5452006
    atau inbox facebook: Bio Ever Siti Fathimah
    atau hubungi konsultan Smart Tycoon Group andauntuk tahu lebih lanjut tentang pengambilan produk kesihatan yang dicadangkan.

    9 comments:

    1. Replies
      1. Boleh...tp 3 bulan ke atas seperti nasihat doktor :)

        Delete
    2. Anak saya berumur 10 tahun sering selsema dan hidung tersumbat pada waktu pagi dan malam..dia ada alahan rhinitis ..ada turbinate dlm hidung..diantara produk diatas mana yg sesuai?..terima kasih

      ReplyDelete
      Replies
      1. Whatsapp saya @ 019-5452006 Tq ☺️

        Delete
    3. Anak saya berumur 10 tahun sering selsema dan hidung tersumbat pada waktu pagi dan malam..dia ada alahan rhinitis ..ada turbinate dlm hidung..diantara produk diatas mana yg sesuai?..terima kasih

      ReplyDelete
    4. ank sy kerap gatal hidung berumur 6 thn...apakh sesuai diberikn AIERIUS D-12,

      ReplyDelete
      Replies
      1. Whatsapp saya @ 019-5452006 Tq ☺️

        Delete
    5. This comment has been removed by a blog administrator.

      ReplyDelete
    6. Semua soalan boleh whatsapp saya @ 019-5452006 Tq ☺️

      ReplyDelete