Kencing Manis
Pada tahun 2007, dianggarkan 2.1 juta rakyat negara ini menghidap diabetes dan jika trend ini berterusan, 12 peratus daripada warga Malaysia mungkin menghidap kencing manis menjelang tahun 2020. Bercakap mengenai diabetes, laporan akhbar mendedahkan, sekitar 1,000 minuman tin diminum oleh rakyat Malaysia setiap minit. Dan sekiranya orang ramai teruskan dengan makan makanan manis secara berlebihan, diabetes akan terus kekal sebagai masalah.
Berdasarkan kajian yang dijalankan, penyakit kencing manis berpunca daripada kurangnya jumlah insulin dalam badan. Insulin merupakan hormon penting yang berfungsi mengangkut gula dari dalam darah masuk ke sel. Selain itu, kekurangan sensitiviti badan terhadap insulin akan menyebabkan gula terkumpul dalam darah sehingga mengundang kepada penyakit ini.
Faktor Penyumbang Kepada Kencing Manis
Info dari fakulti perubatan, HUKM
Ketua Jabatan dan Perunding Perubatan Kanan, Jabatan Perubatan Hospital Taiping, Dr Letchuman Ramanathan mengakui kencing manis adalah antara penyakit yang sukar dikawal di negara kita. Beliau bersetuju dengan faktor-faktor yang dinyatakan oleh Fakulti Perubatan, HUKM dan turut menyenaraikan beberapa faktor lain yang turut menyumbang kepada kencing manis di Malaysia.
Kenapa Perlu Kawal Kencing Manis?
Kesan Sampingan Bagi Pesakit Kencing Manis
Penyakit gusi yang menyebabkan kehilangan gigi
Pengarah Yayasan Jantung Malaysia, Datuk Dr Khoo Kah Lin berkata, kencing manis yang bertambah teruk boleh memberi kesan buruk kepada salur darah yang menyebabkan pelbagai penyakit. Jika salur darah besar yang terbabit; ia boleh mengakibatkan strok, serangan jantung dan masalah pada kaki (antara penyebab kaki pesakit terpaksa dipotong).
Kerosakan salur darah halus akibat kencing manis biasanya berlaku pada mata (retinopati diabetes atau kebutaan), kegagalan buah pinggang dan saraf pada kaki.
“Serangan jantung adalah pembunuh utama di kalangan pesakit kencing manis. Pesakit kencing manis mempunyai risiko meninggal dunia dua hingga tiga kali lebih tinggi akibat serangan jantung berbanding orang normal. Oleh kerana ramai pesakit lewat berjumpa doktor, biasanya ketika kencing manis dikesan, mereka sudah mengalami pelbagai masalah salur darah yang meningkatkan risiko mendapat serangan jantung.
Langkah Mengawal Kencing Manis
Pengkaji diabetes dan para pakar selalu mengesyorkan perubahan gaya hidup sebagai senjata utama melawan diabetes. Pelbagai kajian menunjukkan kemungkinan seseorang mengidap diabetes adalah sangat rendah jika mereka bersenam dan mengamal diet yang sihat. Mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan boleh mengurangkan risiko mendapat diabetes jika mereka berjaya mengurangkan berat badan sekurang-kurangnya 10 paun.
Ini adalah berita baik untuk mereka yang mempunyai risiko sederhana atau tinggi untuk mendapat diabetes. Perubahan yang perlu dilakukan bukanlah besar atau mendadak. Mereka hanya perlu mengubah sedikit cara hidup demi untuk mengelakkan dari mendapat penyakit diabetes. Ini adalah sesuatu yang besar bagi setiap individu memandangkan ianya dapat mengawal penyakit yang sangat berbahaya.
Mereka yang obes dan mempunyai berat badan berlebihan sebenarnya mempunyai reseptor insulin yang lebih rendah dari mereka yang mempunyai berat badan normal. Ini menerangkan kenapa mereka yang mengidap diabetes biasanya berat lampau atau obes. Lemak berlebihan membuatkan tubuh individu berkenaan tidak sensitif kepada insulin. Ini bermakna individu yang berat lampau memerlukan lebih banyak insulin dari mereka dengan berat normal. Inilah sebab mengapa mengurangkan berat badan akan mengurangkan dengan banyaknya risiko mendapat diabetes.
Menukar diet:
Satu dari cara terbaik melawan diabetes
Kuncinya adalah menggabungkan senaman dengan diet yang betul. Diet yang betul bukanlah hanya mengurangkan pengambilan kalori. Ia termasuk mengambil makanan yang betul. Kita patut mengelakkan diri dari mengambil makanan yang kaya dengan lemak terutamanya lemak binatang. Kita juga patut mengurangkan memakan daging merah, produk tenusu dan telur. Karbohidrat yang diproses sama sekali tidak boleh. Ianya termasuk gula pasir (putih), beras putih dan gandum putih. Sebaliknya kita patut mengambil bijirin tulen seperti beras merah atau coklat dan gandum tulen.
Ada juga makanan yang mempunyai kesan seperti insulin kepada tubuh bila ianya dimakan. Sebagai contoh: timun, bawang putih, soya, germa (biji) gandum, buah avocado, kacang hijau, gandum hitam, minyak bijan, sayur-sayuran hijau dan kubis Brussels sprout. Individu yang merasakan mereka mempunyai risiko mendapat diabetes patut tingkatkan pengambilan makanan tersebut.
Pengambilan serat juga akan mengurangkan risiko mendapat diabetes. Makanan yang mengandungi serat yang tinggi biasanya mengandungi kurang gula. Mereka yang mengidap diabetes atau mempunyai risiko mendapat diabetes tidak dapat memproses gula dengan baik. Individu yang mempunyai risiko mendapat diabates patut meningkatkan pengambilan serat. Mereka patut mengambil lebih sayur-sayuran, buah-buahan, produk gandum tulen dan produk bijirin tulen. Pengambilan gula putih dan makanan yang tinggi kandungan gula putih mesti dikurangkan. Anda perlu menggantikan makanan tersebut dengan yang mengandungi serat yang tinggi.
Mereka yang ingin mengelakkan diabetes juga patut menjauhi minuman beralkohol. Alkohol akan mengurangkan tolerans glukosa terutamanya bagi mereka yang telah berumur dan mereka yang mempunyai risiko mendapat diabetes. Tambah lagi, pesakit diabetes yang meminum walau sedikit minuman beralkohol berkemungkinan besar akan rosak mata dan saraf mereka. Selain dari minuman beralkohol, merokok juga patut dielakkan untuk selamat dari mendapat diabetes. Rokok meningkatkan risiko penyakit jantung, sakit buah pinggang dan lain-lain masalah kesihatan berkaitan dengan diabetes. Perokok tegar lebih mudah mendapat diabetes dari bukan perokok. Jadi sekiranya anda merokok, berhentilah dari tabiat tersebut demi kesihatan diri dan keluarga. Jika anda tidak merokok, jauhilah diri dari tabiat tersebut.
Corak pemakanan yang betul bagi mereka yang menghidapi penyakit ini adalah 1/4 sumber karbohidrat, 1/4 sumber protein dan selebihnya adalah sayur-sayuran. Kenyataan ini sama seperti ulasan Dr Letcuman,“Selain pengambilan ubat, saya selalu beri preskripsi diet kepada pesakit kencing manis iaitu isikan separuh pinggan dengan sayur-sayuran, satu perempat untuk sumber karbohidrat (contohnya nasi, mi, roti) dan satu perempat lagi untuk sumber protein sama ada ikan, ayam atau daging".
Senaman melindungi anda dari diabetes
Kedua-dua jenis diabetes (jenis 1 dan 2) boleh dielakkan atau diperbaiki dengan selalu melakukan senaman ringan. Fakta menunjukkan individu yang mengidap diabetes jenis 1, yang selalu bersenam, memerlukan kurang insulin. Manakala individu sihat yang selalu bersenam berkemungkinan besar tidak akan mendapat diabetes jenis 2. Sebabnya bersenam mengurangkan lemak badan dan seterusnya menambahbaik darjat sensitif badan terhadap insulin.
Senaman tidak semestinya senaman berat terutamanya jika sudah meningkat usia. Senaman mudah seperti berjalan, berlari, berenang dan berbasikal dapat memperbaiki tahap gula dalam darah. Senaman memperbaiki penggunaan glukosa oleh otot-otot berkenaan. Kesannya akan kekal lebih dari dua hari. Profil lemak darah dan tekanan darah yang memberi kesan kepada diabetes juga akan bertambah baik dengan selalu bersenam.
Setiap individu, terutamanya pengidap diabetes, perlu memantau paras gula dalam darah bila melakukan senaman. Ini disebabkan senaman boleh mengurangkan dan juga meningkatkan paras gula dalam darah. Anda dinasihatkan supaya meminta nasihat doktor anda sebelum menjalani apa-apa program senaman.
Cara Senaman Yang Betul Untuk Kawal Kencing Manis
“ADAKAH senaman hujung minggu selama dua setengah jam memberi kesan sama dengan bersenam 30 minit sehari yang dilakukan lima hari berturut-turut? Walaupun hanya bersenam satu atau dua kali, jumlah waktunya sama. Jadi, sepatutnya kesannya juga sama, bukan?” soal seorang teman.
Jawapannya: Tidak. Ini jawapan yang diberikan oleh Dr Letchuman Ramanathan. Tidak kira perkara apa pun sama ada soal makan, amal ibadat mahu pun penjagaan kesihatan, yang penting ialah konsisten atau istiqamah; iaitu ia dilakukan secara berterusan; apatah lagi bagi mereka yang menghidap penyakit gaya hidup termasuklah kencing manis.
Kencing manis kini ancaman besar kepada penduduk dunia terutama di Asia; dengan gaya hidup kita hari ini dan semua orang berpeluang mendapat kencing manis kerana risikonya bertambah dengan peningkatan umur. Kajian Kesihatan dan Morbiditi 2006 mendapati 14.9 peratus rakyat negara kita yang berumur 30 tahun ke atas menghidap kencing manis berbanding hanya 8.3 peratus pada 1996.
Ramai pakar kesihatan bersetuju senaman perlu dijadikan preskripsi iaitu ia perlu diambil (dilakukan) setiap hari; bukan untuk pesakit saja bahkan semua orang. Ini kerana senaman boleh mengurangkan risiko kencing manis sebanyak 66 peratus.
Jadi, kenapa perlu bersenam setiap hari dan tidak boleh ‘dikumpul’ untuk dilakukan pada hujung minggu? Menurut Dr Letchuman, kencing manis jenis 2 yang dihidapi 90 peratus pesakit disebabkan badan mungkin tidak menghasilkan cukup insulin (yang bertindak sebagai pengangkut gula dari dalam darah masuk ke sel) atau badan hilang sensitiviti terhadap insulin (keadaan ini dipanggil kerintangan terhadap insulin) dan mengakibatkan insulin tidak diguna dengan sebaik-baiknya. Kesannya, makin banyak gula terkumpul dalam darah.
“Bersenam mempunyai kesan legasi iaitu ia mampu mengurangkan kerintangan terhadap insulin dan kesan ini boleh berlanjutan sehingga 48 jam. Jadi, sensitiviti badan terhadap insulin meningkat dan boleh menggunakan insulin untuk mengangkut gula dari darah masuk ke dalam sel. Jadi, jumlah gula dalam darah akan menurun.
“Jika kita bersenam setiap hari, kesan legasi ini akan berterusan dan membolehkan paras gula darah sentiasa berada dalam julat normal. Inilah sebabnya kita tidak boleh tunggu hingga hujung minggu saja untuk bersenam. Setiap orang sepatutnya bersenam 30 minit sehari; lima hari seminggu atau jumlah terkumpul 150 minit seminggu jika ia dilakukan selang sehari,” katanya.
Menurutnya, perubahan gaya hidup dengan menjaga pemakanan dan bersenam boleh melengahkan kemunculan penyakit kencing manis terutama bagi golongan berisiko tinggi iaitu yang mempunyai ibu dan ayah penghidap kencing manis serta mempunyai masalah berat badan berlebihan.
“Peningkatan harga gula bukanlah perkara buruk, ia mempunyai manfaat tersirat. Ia secara tidak langsung menyedarkan kita semua untuk mengurangkan penggunaan gula dalam semua makanan dan minuman yang sekali gus membantu memudahkan kawalan penyakit."
“Sebenarnya kita tidak memerlukan gula. Ia hanyalah untuk memuaskan selera lidah. Badan masih boleh mendapatkan gula daripada sumber karbohidrat seperti nasi, mi, bihun, pasta, kentang, ubi dan semua makanan berkanji. Lebih lama badan terdedah kepada gula, makin banyak kerosakan yang berlaku pada tisu,” katanya pada bengkel Kawalan Glisemik dan Pengurangan Risiko Kardiovaskular anjuran GlaxoSmithKline (GSK) sempena Hari Diabetes Sedunia yang disambut pada 14 November setiap tahun.
Bagaimana Senaman Membantu Usaha Mengawal Kencing Manis?
Dr Lingeshwaran Pillai, pemilik 'Fitness Network' menerangkan bahawa senaman yang berterusan dapat mengawal diabetis. Kata beliau, kekurangan oksigen di dalam sistem otot juga menggalakkan pembentukan asid laktik.
"Bila ada banyak asid laktik, maka berlaku satu proses di mana tisu otot akan menegang dan sebab itulah pesakit diabetis selalunya kelihatan tegang, letih serta lesu," kata beliau.
Bentuk Senaman Yang Sesuai Untuk Pesakit Kencing Manis
Senaman apakah yang baik untuk pesakit kencing manis? Pesakit boleh melakukan semua jenis senaman aerobik mengikut kemampuan mereka. Senaman yang paling mudah ialah berjalan kerana ia boleh dilakukan bila-bila masa dan di mana-mana saja hatta di dalam rumah.
Senaman apakah yang baik untuk pesakit kencing manis? Pesakit boleh melakukan semua jenis senaman aerobik mengikut kemampuan mereka. Senaman yang paling mudah ialah berjalan kerana ia boleh dilakukan bila-bila masa dan di mana-mana saja hatta di dalam rumah.
Bagaimanapun, jika anda tidak pernah bersenam, dapatkan nasihat doktor mengenai senaman yang sesuai untuk anda dan dalam keadaan bagaimana anda tidak boleh bersenam atau perlu berhenti bersenam.
Ramai pakar kesihatan mengesyorkan agar menjadikan senaman sebagai aktiviti wajib dalam kehidupan seharian. Sekiranya amalan ini dilakukan setiap hari secara konsisten, ia mampu mengurangkan risiko menghidap penyakit kencing manis sebanyak 66 peratus.
Senaman secara agresif dan berterusan selama tiga minit dapat membantu mengelakkan diabetes kerana dipercayai dapat mengawal kandungan gula dalam darah, kata penyelidik Britain. Hasil kajian yang disiarkan dalam jurnal BioMed Central Endocrine Disorders menunjukkan orang ramai yang tidak mampu memenuhi garis panduan kerajaan menggesa senaman secara sederhana hingga bersungguh-sungguh selepas beberapa jam seminggu masih boleh mendapat manfaat daripada bersenam.
Pakar biologi senaman di Universiti Heriot-Watt di Edinburgh, James Timmons dan pasukannya menunjukkan senaman cuma tujuh minit setiap minggu membantu sekumpulan 16 lelaki dalam lingkungan usia 20-an mengawal insulin mereka.
Sukarelawan yang berkeadaan gemuk tetapi sihat, mengayuh basikal senaman sebanyak empat kali sehari selama 30 saat dan melakukannya dengan pantas dua kali seminggu. Selepas dua minggu, mereka mencatatkan kemajuan 23 peratus keadaan tubuh mereka bertambah baik dalam menggunakan insulin secara berkesan untuk membersihkan glukos dari saluran darah, kata Timmons. Kesan itu berpanjangan sehingga 10 hari selepas pusingan akhir senaman.
Setiausaha Agung PDM Datuk Rahimah Ahmad berkata jenis senaman yang dilakukan mestilah sesuai dengan umur mereka yang menghidapi diabetis. Beliau ditemui semasa kempen 'Hidup Sihat Bersama Diabetis' yang dianjurkan bagi menggalakkan pengawalan diabetis secara efektif.
Pakar biologi senaman di Universiti Heriot-Watt di Edinburgh, James Timmons dan pasukannya menunjukkan senaman cuma tujuh minit setiap minggu membantu sekumpulan 16 lelaki dalam lingkungan usia 20-an mengawal insulin mereka.
Sukarelawan yang berkeadaan gemuk tetapi sihat, mengayuh basikal senaman sebanyak empat kali sehari selama 30 saat dan melakukannya dengan pantas dua kali seminggu. Selepas dua minggu, mereka mencatatkan kemajuan 23 peratus keadaan tubuh mereka bertambah baik dalam menggunakan insulin secara berkesan untuk membersihkan glukos dari saluran darah, kata Timmons. Kesan itu berpanjangan sehingga 10 hari selepas pusingan akhir senaman.
Setiausaha Agung PDM Datuk Rahimah Ahmad berkata jenis senaman yang dilakukan mestilah sesuai dengan umur mereka yang menghidapi diabetis. Beliau ditemui semasa kempen 'Hidup Sihat Bersama Diabetis' yang dianjurkan bagi menggalakkan pengawalan diabetis secara efektif.
"Apa-apa (senaman) pun boleh dijalankan, asalkan sekurang-kurangnya dilakukan tiga kali seminggu. Kalau umur (pesakit) sudah lanjut, mereka boleh bersenam secara melakukan gerak jalan secara pantas. Menaiki tangga juga merupakan aktiviti yang sesuai. Joging, berenang dan senaman yang lain turut disyorkan."
"Walaupun saya menghidapi diabetis sejak 20 tahun yang lampau, saya boleh mengawal penyakit itu, hidup lebih lama dan menghidari komplikasi dengan membuat perubahan pada gaya hidup," tambah beliau.
Pengalaman Pesakit Kencing Manis
Bagi K.S Maniam, 67, berasal dari Kuala Lumpur, seorang penghidap diabetis (kencing manis) selama 15 tahun, senaman, walaupun hanya selama 15 minit setiap hari, sudah cukup membantu mengawal penyakit itu.
"Diabetis wujud dalam keluarga saya," menurut Maniam yang merupakan Penolong Setiausaha Agung Persatuan Diabetis Malaysia (PDM).
"Adik lelaki saya meninggal dunia ketika umurnya 34 tahun kerana komplikasi diabetis dan seorang lagi terpaksa dipotong kakinya pada usia 50 tahun kerana masalah yang sama.
"Bagi saya, diet yang tidak sihat serta kurangnya senaman telah memburukkan keadaan kesihatan mereka. Saya tidak mahu menerima nasib yang sama."
Apa yang disuarakan Maniam memang benar kerana pada umumnya masih ramai yang mempunyai sikap 'tidak kisah' terhadap penyakit ini serta tidak kurang juga mereka yang enggan mengubah cara pemakanan serta gaya hidup yang tidak sihat di zaman moden ini.
Lantaran itu, tanpa disedari semakin ramai rakyat Malaysia sedang berhadapan dengan risiko menghidapi penyakit ini.
"Tidak pernah terfikir pada satu hari saya akan menghidapi penyakit ini", kata Kevin, berumur 41 tahun. Beliau menghidapi diabetis Jenis 2 selama 11 tahun.
"Pada mulanya, agak sukar bagi saya menukar gaya hidup tetapi sekarang sudah biasa bagi saya. Senaman juga merupakan satu aktiviti yang baik bagi penghidap diabetis.
"Saya lakukan berenang dan juga berjoging. Saya juga kurangkan makan kepada hanya dua kali satu hari, kurangkan pengambilan gula dan juga tidak minum (alkohol) serta tidak merokok. Dengan diet yang seimbang serta melakukan senaman, pesakit diabetis juga boleh melalui kehidupan berkualiti".
Pengambilan Suplemen Untuk Mencegah, Mengawal & Merawat Kencing Manis
Pengambilan Suplemen Untuk Mencegah, Mengawal & Merawat Kencing Manis
Bio Ever Nano Cream
Insya Allah, pasti boleh!!
Produk kesihatan yang sangat serbaguna...
Bagaimana Bio Ever berfungsi??
- melancarkan perjalanan darah- membuang toksin dalam badan- 'clear'kan bahagian yang ada blockage- renew sel-sel yang rosak/mati pada tubuh badan- menstabilkan hormon- dan banyak lagi!!
Testimoni Pengguna Bio Ever
Garam Buluh & Mineral Coffee
Kenapa Garam Buluh & Mineral Coffee turut membantu?
Sifat alkali & high magnesium dalam kedua-dua produk ni boleh menuetralkan asid dalam badan kita. Juga membantu supaya badan lebih bertenaga. Insya Allah!
Testimoni Pengguna Mineral Coffee
Ini rentetan dr customer Sis Airee Suhair yg akan terus jadi penguna tegar KOPI MINERAL...
Sbb kak nonie ni dh dpt warning dr doktor, klu reading x turun juga, dia kena ambik injection insulin..
Bersama Menuju Hidup Yang Lebih Sihat!
Insya Allah!
Insya Allah!
Sila sms saya di 019-5452006
atau inbox facebook: Bio Ever Siti Fathimah
atau hubungi konsultan Smart Tycoon Group andauntuk tahu lebih lanjut tentang pengambilan produk kesihatan yang dicadangkan.
No comments:
Post a Comment