Faktor Penyumbang Kepada Asma
Setiap pesakit Asma mempunyai penyebab alahan yang mungkin berbeza dengan pesakit Asma yang lain.
Antara faktor-faktor penyebab ialah :
Bulu binatang
Rata-rata ramai yang memelihara kucing di mana bulu binatang-binatang ini sering merangsang serangan asma. Sekiranya keluarga anda mempunyai sejarah alergi, anda tidak digalakkan untuk membela binatang peliharaan yang berbulu seperti kucing.
Rangsangan Alergen
Contoh-contohnya adalah seperti habuk, lipas, debu tungau dan sebagainya. Anda perlu lihat di kawasan rumah anda sama ada mempunyai karpet yang berdebu atau tingkap anda sering terbuka yang menyebabkan debu-debu luar sering masuk ke dalam rumah.
Pencemaran Udara
Pencemaran udara tidak kira mahupun luar ataupun dalam boleh merangsang serangan penyakit asma. Sebab itu kalau boleh pastikan tingkap ditutup. Kadang-kadang ada juga di rumah berdekatan dengan kerja-kerja pembangunan yang membawa pencemaran udara ke dalam rumah. Di ulang, pastikan tingkap anda ditutup sekiranya rumah anda mudah terdedah dengan habuk mahupun segala bentuk pencemaran udara di luar.
Perubahan cuaca
Cuaca juga tidak kurang penting dalam memainkan peranan dalam merangsang serangan asma. Selalu asma dikaitkan dengan cuaca sejuk. Terutamanya di waktu malam dan di awal pagi.
Senaman
Senaman sememangnya baik untuk kesihatan, tetapi terdapat juga bukti yang menunjukkan serangan asma boleh berlaku ketika bersenam. Ia digelar ‘exercise-induced asthma’. Tetapi ia tidak bermakna anda tidak boleh bersenam. Anda masih lagi boleh bersenam sekiranya anda tahu bagaimana untuk mengawal asma anda.
Lain-Lain Faktor
Merokok dan asap rokok
Debunga
Jangkitan saluran pernafasan
Makanan / Buah-buahan tertentu
Tekanan perasaan
Ubat tertentu
Gejala Penyakit Asma
Batuk-Batuk
Pada waktu malam, mereka akan sering batuk-batuk. Cuaca yang sejuk merangsang batuk tersebut. Batuk tersebut digambarkan batuk yang berkahak.
Susah bernafas ( sesak nafas )
Seringkali pesakit akan mengalami sesak nafas dan selalunya ia berlaku disebabkan rangsangan luar. Sekiranya ia berlaku kepada bayi, anda akan lihat pernafasannya menjadi pantas.
Nafas berbunyi ( wheezing )
Sesak nafas juga sering disusuli dengan sejenis bunyi yang digelar‘wheezing’. Ia merupakan bunyi seperti wisel yang berada di anak tekak dan selalunya berlaku apabila mereka menghembuskan nafas berbanding menarik nafas.
Rasa ketegangan di dada
Kadang-kadang mereka juga akan mengadu sakit dada akibat kesukaran untuk bernafas.
Fenomena Penyakit Asma Masa Kini
Menghidap lelah atau asma bukanlah penamat bagi pesakit menikmati kehidupan aktif, cergas, bebas dan sihat terutama bagi pesakit yang mengalaminya sejak kecil lagi. Persepsi begini timbul akibat salah faham mengenai kaedah rawatan dan pencegahan yang tepat oleh ibu bapa dalam usaha untuk mencapai kawalan terhadapnya.
Asma adalah penyakit kronik paru-paru yang membabitkan masalah pernafasan yang berulang-ulang dan gejala seperti sesak nafas, pernafasan termengah-mengah, sesak dada dan batuk. Apabila asma tidak dikawal, saluran udara paru-paru menjadi tebal dan meradang menyebabkan ia sensitif terhadap pertukaran persekitaran dan cenderung kepada serangan asma.
Ramai orang dewasa dan kanak-kanak menghidap penyakit ini, malah menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) hampir 300 juta masyarakat dunia dari semua peringkat umur dan latar belakang menghidap asma. Dianggarkan angka ini akan meningkat sebanyak 100 juta menjelang 2025. Malah, WHO menganggarkan kematian akibat asma akan meningkat sebanyak 20 peratus dalam masa 10 tahun jika langkah serius tidak diambil.
Asma Di Kalangan Kanak-Kanak
Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat.
Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun.
Manakala, 50 hingga 60 peratus akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.
Hasil kajian terbaru juga menunjukkan Asia Pasifik mencatatkan tahap ketidakhadiran ke sekolah yang lebih tinggi akibat kawalan asma yang kurang memuaskan berbanding Amerika Syarikat atau Eropah.
Di Malaysia, 52 peratus daripada kanak-kanak tidak hadir ke sekolah akibat asma mereka yang disebabkan masalah seperti kegiatan fizikal, sosial dan mengalami gangguan tidur. Lebih mengejutkan, 67 peratus daripada kanak-kanak terbabit tidak menerima sebarang rawatan.
Menurut Pengerusi Majlis Asma Malaysia, Dr Norzila Mohamed Zainudin, penyakit asma semasa kecil adalah satu penyakit respiratori kronik paling lazim kerana dianggarkan seorang bagi setiap 10 kanak-kanak di Malaysia menghidap asma.
“Statistik ini amat merisaukan terutama kesan penyakit ini terhadap pertumbuhan kanak-kanak dan perkembangan mereka.
“Bagaimanapun dengan rawatan yang tepat dan pencegahan, kawalan terhadap asma boleh dicapai. Malangnya, kerana kekurangan pemahaman, ramai ibu bapa dan guru salah faham mengenai penyakit ini mengakibatkan kanak-kanak terhalang dari menyertai kegiatan semasa kecil yang normal seperti menginap di rumah rakan dan kegiatan fizikal walhal asma boleh dirawat secara efektif dan kebanyakan pesakit mampu mengawalnya dengan baik,” katanya pada majlis perasmian Kempen Asma di Sekolah bersempena Hari Asma Sedunia di Sekolah Cempaka Damansara, baru-baru ini.
Bersempena kempen itu juga, Pek Asma Sekolah (Breathe Asthma Kit) diperkenalkan khusus untuk pelajar, ibu bapa dan guru. Pek ini mengandungi maklumat berguna mengenai asma, penyebab tercetusnya asma dan pilihan rawatan, serta maklumat bantuan kecemasan tatkala diserang asma.
Dr Norzila berkata, sasaran merawat asma adalah untuk mencapai dan mengekalkan kawalan terhadap penyakit ini. Apa yang dimaksudkan dengan mengawal asma ialah pesakit tidak atau menggunakan sedikit saja ubatan penahan (reliever) dua kali atau kurang dalam seminggu; tidak terjaga malam akibat lelah; kurang mengalami simptom asma atau tiada langsung; aktiviti fizikal yang normal dan tidak terbatas; asma tidak bertambah teruk dan fungsi paru-paru hampir normal.
“Kempen asma di sekolah adalah pentas paling berkesan mendidik guru dan kakitangan sekolah bagaimana mereka boleh membantu pelajar yang menghidap asma untuk mempertingkatkan pengurusan penyakit mereka sekali gus mengubah persepsi yang salah terhadap asma.
“Kami percaya pemahaman mengenai asma amat penting untuk memberikan yang bermutu kepada kanak-kanak. Kempen asma di sekolah ini misalnya, akan menyumbang kepada perkembangan persekitaran sekolah yang lebih sihat untuk pelajar selain meningkatkan kawalan penyakit asma dan mengurangkan pesakit asma yang memasuki hospital yang dijangka mencecah 50 peratus menjelang 2015.”
Kawalan Asma
Pesakit Asma boleh menjalani kehidupan biasa seperti orang lain jika Asma dikawal.
Sentiasa gunakan " carta kawalan Asma di rumah " bagi memudahkan anda mengetahui tahap keterukan penyakit asma anda serta tindakan yang sepatutnya diambil.
INGAT !!!
Anda harus berjumpa doktor sekiranya ;
Pernafasan anda menjadi semakin teruk walaupun langkah pengubatan telah diambil .
Sukar bernafas semasa melakukan senaman ringan / aktiviti harian .
Perlu menyedut bronchodilator lebih dari biasa .
Lebih kerap terjaga malam kerana serangan Asma .
Terapi dan Pelega dengan Satu Alat Sedut
Tinjauan International Asthma Patient Insight Research (INSPIRE) mendapati para pesakit mahukan kelegaan segera dan terapi asma mereka; dan majoritinya memilih untuk bergantung kepada satu alat penyembur dan mengurangkan ubat-ubatan lain.
Pakar perubatan hari ini, menuruti panduan Global initiative for Asthma (GINA) dan akan merawat pesakit asma berdasarkan kawalan dan bukan tahap asma. Pendekatan terbaru kepada pengurusan asma dikenali sebagai Single inhaler Maintenance And Reliever Therapy — atau mudahnya SMART. SMART ialah terapi pencegah dan pelega dengan satu alat sedut.
Dengan SMART, pesakit asma hanya memerlukan satu alat sedut kerana ia memberi kedua-dua dos pencegah harian serta pelega sekiranya diperlukan. Alat sedut baru ini mudah dikenali oleh warnanya – alat sedut merah turbuhaler — yang membezakannya dan ubat yang kini digunakan. Keperluan bergantung kepada satu alat sedut sahaja bermakna para pesakit asma tidak lagi keliru seperti dahulu.
Penyelidikan klinikal yang terperinci telah dilakukan untuk pendekatan baru ini. Lebih dari 14 pesakit seluruh dunia, termasuk rakyat Malaysia telah mengambil bahagian dalam program pembangunan klinikal SMART.
Hasilnya menunjukkan bahawa SMART memberi kawalan asma menyeluruh yang lebih baik serta mengurangkan risiko serangan asma yang serius.
Produk Kesihatan Bagi Pesakit Asma
Bio Ever Nano Cream
Testimoni Pengguna Bio Ever
Sharing dari Pn Murni Hayati
Dari kecik saya ni memang berkawan baik dengan asma a.k.a semput. Mudah terkena...Byk sgt pantang. Tak boleh terbau bilik yg bertutup yg ada ala2 bau tikar getah lembab ehe, tak boleh terbau timbunan surat khabar lama, habuk toksah cakap la...paling pantang..bab cuaca lak...tak boleh cuaca panas sangat & tak boleh sejuk sangat..mula la wheezing (dada berbunyi bila bernafas), ber
sin tak berenti, peparu terus sempit...
Time kerja lak tak menentu..kekadang balik pagi buta dah nak subuh..pastu mandi (dr kul 8am keje, mesti la tak selesa nak tido)..hmm..mmg la menambah eratkan lagi saya dengan penyakit kesayangan. Kerap sangat mandi malam, semakin tak selesa saya nk bernafas...pakai Ventolin Evohaler tak leh gak...dh guna Seretide Accuhaler still tak kembang gak..Last2nya, Ogos 2010 admitted gak saya kat Colombia Hospital.
Setiap 6 jam nurse injek & nab steroid & amik Symbicort Turbohaler. Mmg asik tido je sampai muka & badan semakin kembang selama 12 hari warded tu. Dark Circle makin ketara.
Feb 2011, tq kat adik saya Zura a.k.a Murni Zuriati sbb dia kenalkan saya ngan BE (siap pos kat umah) dan guide saya thru fon cara nak guna BE ni...lps 10 min pakai tu..mmg pening+debar (byk sgt penyakit kot ahahaha)..lps tu..asik berkahak je sampai tak cukup tido (betapa banyaknya flame). Ada la dalam seminggu cam tu keadaan saya..
April 2011, saya tak perlu lagi nak makan ubat utk cairkan kahak, dark circle pun makin kurang dan pipi lebih shaping.Pagi2 pun dh kurang bersin. Segala ubat2 sume dh simpan..dulu pegi mana2 mesti bw dalam beg. Skrg ni...BE yg WAJIB ada dlm beg :)
Syukur Alhamdulillah. Tq Allah.
Garam Buluh & Mineral Coffee
Testimoni Pengguna Mineral Coffee
Sharing by Lizayanti Hussin
Ibu mertuaku memang seorang peminum tegar MINERAL COFFEE ...Dia juga ada asthma (guna inhaler) juga ada sakit kencing manis & darah tinggi...dijadikan cerita, dr hari sabtu hingga isnin pergi ke KL ngan adik ipar..masa hari isnin sebelum balik ke Johor..menyempat ke Zoo Negara..cucu nak tengok gajah katanya...kalau ke Zoo negara kan kena berjalan kaki...jauh jugek kan masuk kedalam tu...apa yang bestnya memang tak rasa nak kena asthma langsung...tak mengah2 pun seperti sebelum nie,kalu jalan jauh sikit...confirm kena asthma lepas tu sedut ihaler ,and satu lagi kaki tu ok jer,bisa2 kat kaki pun takde padehal sebelum nie pernah jugek mengadu kat tempurung lutut tu terasa sangat bisanya bile berjalan jauh sikit..tak penat langsung..Alhamdulillah syukur...Kepada sesiapa dalam STG nie yang belum menikmati MINERAL COFFEE memang nak kena minum....Sangat berbaloi2x....kannnn.
:: Sekadar selingan antara fakta & auta ;)
Bio Velocity Sleep Mate
Bagaimana Bio Velocity Sleep Mate berfungsi?
- Menggalakkan peredaran darah dan memperkuat fungsi jantung
- Meningkatkan kadar kandungan oksigen dalam darah, mengaktifkan fungsi-fungsi sel, meningkatkan kadar metabolisme, meningkatkan sistem imunisasi, meningkatkan keupayaan penyembuhan sel
- Meningkatkan aura tubuh manusia dan kecergasan, melegakan kepenatan dan lebih bersemangat.
- Menstabilkan emosi dan menghilangkan tekanan.
- Mengurangkan kesan negatif radiasi elektromagnetik.
Doa Amalan Untuk Pesakit Asma
Mari kita amalkan doa asma ini sama-sama.
Yang tiada penyakit pun boleh amalkan untuk kesihatan yang lebih baik.
- Baca Surah Al Fatihah.
- Baca selawat Syifa - setiap hari amalkan selawat ini sangat2 baik utk kesihatan.
- Baca doa dibawah ini sebanyak 7 kali.
Aku berlindung dengan kemuliaan Allah dan Kekuasaan-Nya daripada kejahatan yang aku alami dan aku takuti
Nota:
Amalkan doa ini setiap hari selepas solat fardhu.
Hafalkan doa ini untuk kemudahan diri.
Insya Allah.
Jom cegah sebelum parah!
Sila sms saya di 019-5452006
atau inbox facebook: Bio Ever Siti Fathimah
atau hubungi konsultan Smart Tycoon Group andauntuk tahu lebih lanjut tentang pengambilan produk kesihatan yang dicadangkan.
|
No comments:
Post a Comment