Monday, 1 October 2012

Penjagaan Kulit Elak Penuaan Cepat??




Kulit Cantik Idaman Semua!




Memiliki kulit yang cantik, halus dan putih bersih tanpa secalit noda menjadi perhatian mata yang memandang. Apabila ketawa atau malu, 
serta-merta pipinya bertukar kemerah- merahan sekalipun tidak mengenakan pemerah pipi.

Beruntunglah wanita yang memiliki kulit wajah cantik tanpa cela mahupun masalah. Tanpa perlu bersolek tebal, kejelitaan semula jadi terserlah hinggakan ramai menyangka dia lebih muda daripada usia sebenar.

Namun, tidak ramai di kalangan kita memiliki kulit sihat dan cantik. Meneruskan gaya hidup kurang sihat dan tidak tahu cara betul dalam penjagaan kulit wajah dan tubuh menyebabkan impian memiliki kulit cantik dan melambatkan proses penuaan cuma tinggal angan-angan.

Jika wajah anda lebih muda daripada usia sebenar, ia dianggap bonus. Andai wajah bersesuaian dengan usia, ia masih boleh diterima tetapi sungguh mengecewakan apabila orang mengandaikan usia anda lebih tua disebabkan wajah yang cepat dimamah usia.



Masalah Kulit Wanita Asia




Kebanyakan wanita Asia memiliki kulit berminyak yang mudah mengundang jerawat. Kehadiran ‘tetamu’ tidak diundang itu bukan saja mencacatkan wajah, malah menimbulkan parut yang lambat pudar hingga terpaksa ditutup dengan solekan tebal.

Bagi mereka yang memiliki kulit kering, masalah lain pula timbul. Walaupun tiada masalah jerawat atau tona kulit tidak sekata, kulit kering mudah kusam, berkedut atau jeragat jika tidak dijaga dengan baik.

Perunding Dermatologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr Guru Ratnavelu, berkata penting untuk kita mengetahui beberapa perkara yang menjadi asas dalam usaha memastikan kulit sihat dan cantik serta melengahkan proses penuaan.

Menurutnya, kulit berminyak akibat pengeluaran sebum secara berlebihan yang menjadi punca jerawat. Jerawat masalah biasa dialami, terutama di kalangan remaja yang akil baligh, akibat perubahan hormon tubuh.


“Kulit wajah umpama belon. Ketika usia muda, ia dipenuhi udara. Apabila usia semakin tua, kulit umpama belon yang tiada angin, kendur atau hilang ketegangan."


“Ramai wanita prihatin dengan penjagaan kulit wajah dan tubuh. Jika boleh, mereka mahu kelihatan awet muda dan berusaha melambatkan proses penuaan,” katanya.

Ini berbeza dengan golongan remaja yang kurang mengambil berat penjagaan diri, kecuali dinasihatkan ibu bapa supaya berbuat demikian.

Namun, mereka mula mengambil berat penjagaan kebersihan diri dan wajah apabila mula berkawan dengan berlainan jantina.

“Mereka mahu kelihatan menarik dan meminta pandangan ibu bapa atau doktor mengenai apa patut dilakukan untuk penjagaan diri dan wajah. Bagi menjaga kesihatan kulit tubuh dan wajah, kita perlu selalu membersihkan diri dan wajah,” katanya.

Dr Guru berkata, di negara bercuaca panas seperti Malaysia, tabiat mencuci muka perlu diamalkan bagi mengatasi masalah kulit berminyak.

Dalam membantu menjaga dan mengekalkan kulit sihat, krim pelindung matahari perlu disapu pada wajah bagi mengelak ia menjadi gelap dan kusam apabila terdedah secara langsung dengan sinaran matahari.

“Krim pelindung matahari SPF 50 sesuai digunakan untuk mereka yang sering berada di luar, misalnya bersukan, makan angin atau ketika di tepi pantai, manakala SPF 30 untuk mereka yang bekerja di dalam pejabat. Sesetengah krim pelindung matahari mempunyai minyak mineral yang membuatkan masalah jerawat bertambah buruk.

“Mereka yang mengalami masalah jerawat dinasihatkan tidak menggunakan krim pelindung matahari yang mempunyai kandungan minyak mineral.

“Ketika membeli produk di kedai barangan penjagaan diri, cari krim pelindung matahari yang tertulis ‘noncomedogenic’ iaitu istilah digunakan untuk krim atau losyen yang tidak menyekat liang roma,” katanya.


Faktor Penuaan & Cara Mengatasinya


Penuaan intrinsik ialah kesan penuaan kulit dipengaruhi faktor dalaman fisiologi atau perubahan mengikut usia manakala penuaan ekstrinsik adalah proses kemerosotan disebabkan faktor luaran seperti radiasi, pendedahan cahaya matahari dan bahan kimia.

“Untuk mengetahui kesan penuaan intrinsik, perhatikan bawah lengan kita kerana kulit berkenaan biasanya cerah, licin dan lembut berbanding pada belakang tangan yang kering dan berkedut kerana terdedah kepada cahaya matahari.

“Petani lebih mudah mengalami kesan penuaan ekstrinsik melalui pendedahan cahaya matahari, menyebabkan kulit mereka kering dan berkedut.

“Pendedahan secara langsung kepada cahaya matahari banyak menyebabkan perubahan pada wajah, sebab itu kebanyakan petani memakai topi lebar dan baju lengan panjang.

“Di Australia, kejadian kanser kulit tinggi kerana mereka gemar berjemur di bawah sinaran matahari bagi mendapatkan kulit lebih gelap,” katanya.

Katanya, orang Asia nampak lebih muda daripada orang putih (Caucasus). Tabiat mat salih yang suka terdedah kepada cahaya matahari menyebabkan kerosakan kulit.

“Untuk mengekalkan kulit cantik dan meremajakan kulit dari dalam, amalkan gaya hidup sihat dengan pemakanan seimbang dan lebihkan buah-buahan. Kekalkan kecergasan tubuh dengan bersenam dan minum air putih sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

“Orang Asia banyak mengambil makanan mengandungi karbohidrat, makanan menggemukkan dan berminyak. Ia tidak bagus untuk kesihatan dan jika mahu kekal sihat dan nampak muda, gaya hidup dan pemakanan perlu diubah.

“Elakkan stres, bersenam setiap hari dan tidur enam hingga lapan jam sehari. Mengurangkan pengambilan makanan berlemak dapat mengurangkan masalah sakit jantung.

“Ketika tidur malam, sapu pelembap antioksidan yang diperkaya dengan vitamin. Tidur malam ialah waktu terbaik untuk menyerap kandungan aktif pada produk penjagaan kulit.

“Bersenam setiap hari biarpun cuma untuk waktu singkat, membantu anda mencapai impian memiliki tubuh sihat dan bertenaga. Senaman secara rutin membolehkan peredaran darah menjadi lebih lancar dan kulit kelihatan lebih tegang dan muda,” katanya.

Menurutnya, pengambilan minuman beralkohol dan merokok perlu dielakkan kerana tidak baik untuk kulit, mulut dan gigi. Merokok membuatkan seseorang nampak lebih tua daripada usia sebenar.

Bagi yang tidak merokok (perokok pasif), elakkan pendedahan pada asap rokok kerana ia bukan saja merosakkan kulit tetapi mempunyai risiko dua kali ganda untuk mendapat penyakit berbanding mereka yang merokok.

“Indeks jisim tubuh (BMI) perlu dikekalkan pada tahap ideal. Sebilangan kita suka makan banyak walaupun sudah kenyang, terutama ketika berjamu secara bufet. Ini menyebabkan faktor berat badan berlebihan. Sebaik- baiknya kita makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang,” katanya.


Tips Penjagaan Kulit Daripada Al-Quran



Kulit yang tidak bersihkan, ia akan mengakibatkan jangkitan kepada kulit seperti jerawat, jeragat, kanser dan sebagainya. Di bahagian muka manusia sahaja, para saintis telah menganggarkan terdapat 500 juta bakteria pada setiap inci persegi.
Di dalam surah Al-Maaidah ayat 6, Allah telah berfirman, “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib;”
Ayat ini merupakan perintah daripada Allah supaya orang-orang Islam berwuduk sebelum menunaikan solat. Wuduk perlu dilakukan dengan air suci. Anggota-anggota badan yang wajib dibersihkan adalah muka, tangan, kepala dan kaki.
Diriwayatkan daripada Humran r.a katanya, “Sayidina Othman bin Affan r.a telah meminta air untuk berwuduk, setelah memperolehi air beliau terus membasuh dua tangan sebanyak tiga kali, kemudian berkumur-kumur serta memasuk dan mengeluarkan air dari hidung. Kemudian beliau membasuh muka sebanyak tiga kali dan membasuh tangan kanannya hingga ke paras siku sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh tangan kirinya sama seperti beliau membasuh tangan kanan kemudian menyapu kepalanya dan membasuh kaki kanan hingga ke paras buku lali sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau membasuh kaki kiri, sama seperti membasuh kaki kanannya.”
Kemudian Sayidina Othman r.a berkata, “Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w berwuduk seperti cara aku berwuduk. Aku juga telah mendengar baginda s.a.w bersabda, “Sesiapa yang mengambil wuduk seperti cara aku berwuduk kemudian dia mendirikan sembahyang dua rakaat dan tidak berkata-kata antara wuduk dan sembahyang, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” 
Di antara anggota badan yang sunat dibersihkan pula adalah telinga. Ini berdasarkan sebuah hadith riwayat Ibnu Abbas berkata, “Rasulullah s.a.w. menyapu kepalanya dengan air dan kedua telinganya iaitu bahagian luar dan dalam.”
Membersihkan anggota badan melebih kawasan wuduk juga dianggap sunat. Abu Hurairah r.a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. berkata, “Kamu merupakan orang yang bercahaya muka, tangan dan kakinya pada Hari Kiamat kerana kamu telah menyempurnakan wuduk dengan baik. Maka sesiapa di antara kamu yang mampu melebihkan had basuhan pada muka, tangan dan kakinya hendaklah dia berbuat demikian.”
Di dalam Al-Umm, Imam As-Syafie menyatakan bahawa beliau lebih suka sekiranya seseorang itu berwuduk mukanya, tangannya dan kakinya tiga kali-tiga kali serta menyapu kepala tiga kali dan meratakan sapuan itu keseluruhan kepala. 
Kesemua “proses pembersihan kulit” ini dilakukan setiap kali sebelum solat lima waktu. Sekiranya setiap langkah diulangi sebanyak tiga kali, seseorang akan membasuh anggota wuduknya sebanyak 15 kali sehari. Sekiranya ditambah dengan solat sunat dhuha dan solat sunat witir, bilangan basuhan menjadi 21 kali.
Selain itu, seseorang juga disunatkan agar menggosok-gosok tempat wuduk. Ini adalah berdasarkan sebuah hadith riwayat Abdullah Bin Zaid r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. berwuduk lalu beliau berkata, “beginilah.” Lalu beliau mengosok-gosok anggota wuduknya.
Menggosok adalah mengenakan sedikit tekanan pada anggota wuduk. Aktiviti menekan dan menggosok ini seterusnya akan meransang beberapa titik refleksologi yang dikenali sebagai “Biologically Active Spots”, yang terdapat pada anggota-anggota wuduk. Tekanan-tekanan pada titik istimewa ini seterusnya akan merangsang saraf dan memberi tenaga serta kesegaran baru kepada angota-angota badan yang lain seperti, usus, perut, pundi kencing, sistem peranakan dan lain-lain.
Justeru, kita harus mempelajari tatacara wuduk yang betul. Wuduk yang betul bukan sahaja menjamin kebersihan, malah ia menjaga kesihatan. Dari segi rohani, wuduk yang betul membersihkan dosa. Di dalam sebuah hadith, Rasulullah s.a.w. telah menceritakan bahawa ketika seorang muslim membasuh setiap anggota wuduk, kesalahan-kesalahan akan keluar bersama-sama dengan air basuhan tersebut.

6 Jenis Makanan Untuk Penjagaan Kulit

Kulit merupakan organ yang paling terdedah pada tubuh manusia. Pemilihan makanan yang baik adalah penting terhadap penjagaan kulit anda. t5 akan menyenaraikan 6 jenis makanan harian yang mungkin boleh diamalkan untuk anda mengekalkan kesihatan kulit.

Telur/kacang/avocado/kacang soya- Kesemuanya mengandungi biotin, yang merupakan satu vitamin penting untuk metabolisme lemak dan karbohidrat. Kekurangannya boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Selain daripada itu, ia juga boleh menyebabkan rambut dan kuku seseorang menjadi lebih rapuh.

Ikan Salmon- Ikan Salmon mengandungi astaxanthin, sebuah karotenoid yang meningkatkan keanjalan kulit. Ia juga dapat membantu untuk mengurangkan garis-garis halus pada kulit.
Minyak ikan kod- Kandungan omega-3 didalamnya dapat membantu untuk menyerikan lagi rambut dan juga membuatkan kulit kelihatan muda.
Teh Hijau- Sifatnya sebagai ejen anti-oksida dapat membantu untuk melindungi kulit daripada kesan terkena sinaran matahari.
Delima- Apabila disapu, ia membantu untuk menghasilkan lebih kolagen pada kulit dan mempercepatkan proses penyembuhan luka kecil.

Tomato- Kajian menunjukkan bahawa sesiapa yang memakan buah tomato sebiji setiap hari dapat mengurangkan risiko daripada kulit mereka terbakar terkena sinaran matahari.




Kepentingan Kolagen Utk Kulit




Kolagen ialah ramuan yang lazimnya terkandung dalam kebanyakan produk kecantikan untuk awet muda dan menjadi pilihan utama wanita pada masa kini.

Kajian klinikal menunjukkan keberkesanan penggunaan kolagen adalah mengurangkan bilangan, kepadatan dan kejelasan kedutan, memastikan keanjalan kulit serta memberi kesegaran kepada kulit. Kolagen merupakan struktur protein yang berfungsi sebagai perekat dalam badan dan lebih kurang satu per tiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen.

Menurut Presiden dR Rozmey Group (dRG), Datuk Dr Che Rozmey Che Din (DDR), fungsi kolagen adalah memberikan struktur kepada badan, melindungi dan menyokong tisu-tisu lembut serta menyambungkannya dengan tulang badan.

“Pada usia awal 20-an, terdapat pertumbuhan yang aktif bagi menyokong pertumbuhan struktur badan dan menggalakkan perkembangan otot, tendon serta ligamen."

“Ia digunakan untuk menghasilkan protein bagi membantu pertumbuhan ini serta mengaktifkan penjanaan semula sel badan baru,” katanya.

Beliau berkata lagi, ketika usia menjangkau 25 tahun ke atas, kolagen mula manyusut dalam badan pada kadar 1.5 peratus setahun dan sehingga usia 45 tahun, badan kita dijangka kehilangan sebanyak 30 peratus daripada kolagen semulajadi.

“Khasiat kolegan tidak hanya tertumpu pada kecantikan semata-mata bahkan ia juga memberi faedah untuk kesihatan diri kerana ia bukan sahaja digunakan dalam pelembab kulit dan serum kecantikan, malah merupakan ramuan penting dalam pelbagai barangan seperti syampu dan pemakanan pengurusan berat badan,”katanya ketika ditemui.



Produk Yang Dicadangkan Utk Penjagaan Kulit

Bio Ever Nano Cream
(klik pada gambar)







Kolagen BB Plus
(klik pada gambar)




Jom bersama-sama jaga kesihatan & kecantikan diri kita!


Sila sms 019-5452006
atau inbox facebook: Bio Ever Siti Fathimah
utk info lanjut





No comments:

Post a Comment