Thursday 18 October 2012

Menerobos Sempadan Diri!



Kita Apa Kita Fikirkan!

"To infinity & beyond!!!"
Mmg terngiang-ngiang je perkataan ni tiap-tiap hari....hehehe...
Apa yg best sgt tu yer??
Sape yang pernah tgk Toy Story ni??
Tiap2 hari kalau boleh anak-anak saya mintak saya pasangkan cite ni...
Saya yg mmg slalu xde masa nak tgk tv pun mmg ter'suka' bila ikuti jalan cerita dia...hehe...

Bagi yg belum tgk, cerita ni berkisah tentang Woody yang selalu pertikaikan kebolehan Buzz Light Year utk terbang. Buzz pula sgt yakin dgn kebolehan dirinya & terus membuktikan yg dia sememangnya BOLEH!




Lagi satu, teamwork antara diorang ni tersangatlah kuat! Memang selalu support antara satu sama lain! Semangat macam ni lah yg kita nak pupuk selalu kan?? Yang pastinya semangat camni sentiasa dipupuk di kalangan kami di Smart Tycoon Group. Syukur, alhamdulillah!
Menarik kan?? Semangat yg sgt memberi inspirasi utk kita terus berjaya!
Insya Allah boleh!!
Tq Allah!


Jom Layan & Hayati~~~




Fikirkan Boleh!!

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Berfikir boleh melakukan
Fikirkan boleh!

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Kau boleh!



Jom Menerobos Sempadan Diri!!

Tips dari Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
 Terima hakikat yang kita ada masalah/halangan-halangan berikut:
  • di didik untuk jadi sederhana – sedangkan kita dicipta sebaik-baik makhluk, khalifah Allah di muka bumi
  • takut dikritik, enggan mencuba cara, pendekatan baru – anggap orang yang mengkritik kita sebagai guru
  • takut untuk gagal, berbeza pendapat – cuba cara baru yang orang lain belum buat, jangan takut gagal
  • wawasan/matlamat yang kabur/tidak jelas – patut ada gambaran yang jelas dalam kepala untuk setiap matlamat kita dengan ada dateline. Contoh, nak mendirikan rumahtangga pada tahun 2010, kena menggambarkan dalam fikiran kita
  • banyak kejahilan – rebut peluang untuk terus belajar, mencari ilmu..kena rajin bertanya
  • kekurangan sumber – bentuk jaringan, cari kawan yang dapat membantu
  • bodoh sombong, sombong bodoh, tak tahu tapi tak nak tanya – mesti bertanya apa yang tidak diketahui
  • tidak bersatu hati – hidupkan semangat jemaah, tolong menolong, jangan pentingkan diri sendiri
  • mudah patah semangat – redha, terima setiap ujian Allah
  • ingin cepat dapat hasil – buat sesuatu tahap demi tahap, no shortcut to success
  • ingkar perintah Allah – kena bentuk ketaqwaan yang hakiki kepada Allah
  • kurang berdoa – mesti banyakkan berdoa

Amalan Untuk Menerobos Sempadan Diri



1. Patuh perintah Allah swt sepenuhnya.
2. Doa yang berterusan.
‘Doa itu senjata mukmin – hadis’, minimum dalam 45minit sehari. Cakap/sebut perkara positif, jangkaan positif.
3. Gunakan kebolehan/ilmu/bakat yang ada dalam diri kita.

4. Bentuk matlamat yang jelas. 
Tulis atas kertas, ceritakan pada yang tersayang, tampal kat bilik tidur, tempat kerja-membangkitkan semangat, mengingatkan. 
Termasuk berhenti merokok! (Doktor pakar sahkan ramai perokok muslim susah nak mengucap bila nazak)

5. Gunakan sunnah Nabi sebagai standard /piawai kita.
6. Mengurus diri dan orang lain dengan cara terbaik.
7. Bentuk suasana yang merangsang/memotivasikan kita. 
Rumah, bilik tidur, bilik darjah, tempat kerja.
8. Sentiasa menolong, mendorong, merangsang orang lain. 
Allah akan membantu kita.
9. Belajar menghormati orang lain di sekeliling kita, agar kita dihormati.
 Dapat belajar sesuatu daripada mereka, Allah akan turunkan rahmatNya.
10. Tingkatkan produktiviti.
Allah suka hambaNya yang membuat sesuatu kerja dengan paling baik.

11. Meluaskan jaringan persahabatan. 
Ramai sahabat yang baik-baik.
12. Sentiasa positif dan bersangka baik. 
Tubuh badan akan sihat, otak positif, untuk dapat ilham, hidayah, bantuan Allah dan manusia.

13. Tingkatkan kemahiran berkomunikasi. 
Selalu baca doa Nabi Musa – Surah Thaha ayat 25-27.
14. Buat kerja dengan penuh semangat, ceria. 
Badan tidak penat, kerja akan berjalan lancar.
15. Kena berfikir secara kreatif, luar biasa.
Berdoa agar diberi ilham, hidayah oleh Allah, mula berfikir cara luar biasa, berkawan dengan orang yang hebat-hebat yang suka berfikir, fikir macam kartun/loyar buruk yang positif.
16. Ikut peraturan-peraturan Allah dengan sepenuhnya.


17. Lakukan perubahan langkah demi langkah secara bersepadu. 
Ubah hati, cara berfikir, tindak tanduk, sosial-kawan-kawan yang baik, jaga solat dan perintah Allah, pastikan rezeki berkat, halal, komited terhadap kerja, keluar zakat.
18. Kena mengambil peluang sepenuhnya. 
Segera buat keputusan melalui mesyuarat, istikharah, berbincang dengan yang tersayang.
19. Sentiasa membantu orang lain dengan ikhlas. 
Pesan Nabi kepada Ali; ‘Sebaik-baik manusia ialah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain’
20. Sentiasa ceria, seronok, redha, senyum. 
Awet muda, badan sihat, rezeki murah.

21. Jadi orang yang pemaaf.

Dendam terhakis, hati bersih, doa makbul. Maafkan semua orang sebelum tidur, sentiasa bermaaf-maafan sebelum berpisah.




22. Muhasabah diri, dan bentuk jurnal kejayaan. 
Setiap malam sebelum tidur, tulis apakah perkara/kejayaan-kejayaan positif yang dicapai.
23. Tidak pernah memecahkan kunci. 
Tidak memaksa orang lain menerima pandangan kita.
24. Bentuk imej diri yang positif.
Karisma, keyakinan diri, penampilan diri yang positif.
25. Sentiasa yakin dengan ketentuan Allah.
Sentiasa bertawakal kepada Allah.



Insya Allah. Semoga perkongsian & tips hari ini bermanfaat buat semua sampai bila-bila.
Jom berubah ke arah yg lebih positif setiap hari!




No comments:

Post a Comment