Wednesday 10 October 2012

Jantung Anda Sihat??




Penyakit Kardiovaskular di Malaysia


Penyakit Kardiovaskular (iaitu penyakit jantung dan strok) adalah penyebab utama kematian di hospital-hospital KKM. Pada tahun 2010, 25.4% (11,812) kematian adalah akibat penyakit kardiovaskular. Penyakit kardiovaskular juga adalah penyebab utama kematian pra-matang di hospital-hospital KKM, di mana kira-kira 35% dari kematian akibat penyakit kardiovaskular berlaku di kalangan individu berumur kurang dari 60 tahun. Selain impak yang negatif terhadap kualiti hidup, penyakit kardiovaskular menambahkan beban ekonomi individu, keluarga dan masyarakat, serta mengurangkan produktiviti negara.

Apa perbezaan antara sakit jantung dengan strok?

Sakit jantung terjadi apabila terdapat pengurangan aliran darah ke otot jantung, yang biasanya disebabkan oleh plak dan darah beku. Strok pula terjadi apabila berlaku gangguan terhadap bekalan darah ke otak, yang mungkin disebabkan oleh darah beku atau pembuluh darah pecah. Strok boleh membawa kepada kematian serta merta atau kecacatan kekal.



Faktor Sakit Jantung

Secara keseluruhan, lebih dari 90% pesakit dengan penyakit jantung di Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya satu faktor risiko penyakit kardiovaskular yang utama iaitu:



Tabiat merokok
Menghidap hipertensi
Berlebihan berat badan atau obes
Tahap kolesterol yang tinggi
Gaya hidup yang sedentari (atau tidak aktif)
Menghidap diabetes






 Tips Menjamin Kesihatan Jantung

Kata orang, anda adalah apa yang anda makan dan jika dikaji pada tabiat makan kebanyakan rakyat Malaysia, tidak mengejutkan untuk mengetahui penyakit jantung menjadi punca utama kematian di negara ini.

Dipercayai ramai antara kita sedar mengenai penyakit berbahaya ini, tetapi tetap mengambil langkah mudah dengan tidak terlalu mengendahkannya sehinggalah ia berlaku kepada diri sendiri atau ahli keluarga tersayang. 
Apapun, kita bertuah kerana terdapat kempen kesedaran dan pendidikan yang banyak dilakukan pihak kerajaan mahupun badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat korporat.

Malah tidak dapat dinafikan masyarakat kian sedar bahawa kehidupan dengan jantung sihat boleh dicapai menerusi pemakanan dan pilihan gaya hidup yang betul.


Selaras dengan tema Hari Jantung Sedunia di peringkat global, iaitu “One World, One Home, One Heart”, iaitu kesihatan jantung anda perlu bermula di rumah. Dengan tumpuan kepada semua ahli keluarga, termasuklah kanak-kanak, beberapa amalan gaya hidup yang sihat yang dilakukan di rumah mampu mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Dato’ Dr Hasan Bin Abdul Rahman, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia telah berkongsi tujuh (7) langkah yang boleh diambil oleh anda dan keluarga anda bagi menjalani kehidupan bagi menjamin jantung yang sihat:


(1)  Jadikan rumah anda kawasan larangan merokok. Ini bukan sahaja memanfaatkan anda, tetapi yang lebih penting melindungi kesihatan anak-anak anda. Jika anda berhenti merokok sekarang, anda akan berjaya mengurangkan risiko mendapat penyakit kardiovaskular sebanyak 50% dalam tempoh satu tahun sahaja.Para penyelidek telah membuktikan bahawa terdapat pertalian antara penyakit jantung dengan merokok. Dua pertiga dari mereka yang meninggal akibat penyakit jantung adalah perokok. Terdapat lebih 4,000 bahan kimia dan 40 jenis karsinogen di dalam asap rokok. Sekiranya anda menyayangi jantung anda, berhentilah merokok dengan serta merta. Sekiranya anda tidak menyayangi jantung anda, sayangi jantung mereka yang berada di sekeliling anda. Sekiranya anda tidak sanggup berbuat demikian, fikirkan bahawa adakah wajar untuk mereka menyayangi anda?
(2)“Aktifkan” hidup anda. Setiap ahli keluarga perlu berusaha untuk mengurangkan masa riadah di hadapan TV atau komputer kepada kurang dari 2 jam setiap hari. Rancang aktiviti fizikal atau senaman di luar rumah, sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
(3)Ketahui keperluan kalori harian anda yang sesuai dengan gaya hidup yang anda amalkan. Anda perlu bijak membuat pilihan makanan dan minuman yang lebih sihat, dan imbangi pengambilan makanan (kalori) dengan tahap aktiviti fizikal anda. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi lemak dan gula.
   Pengarah Eksekutif Susu Nestle Malaysia, Ho Hau Chieh berkata, "Penyakit jantung tidak mengenal usia. Oleh itu, amat penting untuk kita mengambil langkah proaktif seperti memilih makanan yang cukup nutrisi bagi kesihatan jantung".
(4)Ketahui BMI anda dan kekalkan berat badan yang unggul dengan mensasarkan BMI kurang dari 23 kg/m2. Walau bagaimanapun, kajian saintifik menunjukkan bahawa pengurangan berat badan sebanyak 10% mampu mengurangkan risiko anda mendapat penyakit kardiovaskular dan diabetes.
                                        

(5)Ketahui tahap kesihatan anda. Pastikan anda dan ahli keluarga menjalani ujian saringan faktor risiko NCD setiap tahun, merangkumi pemeriksaan tekanan darah, aras gula dan kolesterol dalam darah, pemeriksaan BMI dan ukurlilit pinggang. Minta doktor terangkan tahap risiko anda.
(6)Tangani stress dengan bijak. Individu yang mengalami stres yang keterlaluan lazimnya mempunyai tabiat yang tidak sihat seperti merokok, makan secara berlebihan dan meminum alkohol secara tidak terkawal.Para doktor telah mengesahkan bahawa perasaan dan tindakan kita akan memberi kesan kepada jantung kita. Fenomena baru di Malaysia ialah kerja terlalu kuat. Ramai eksekutif dan staf yang bekerja hingga larut malam dan menjadi tertekan. Di Jepun, ramai juga eksekutif yang mati kerana kekurangan rehat. Pandangan kita terhadap sesuatu yang terjadi dalam kehidupan kita juga boleh menimbulkan tekanan. 
(7) Hidup sihat tanpa alkohol. Pengambilan alkohol secara berlebihan, termasuk binge drinking boleh memudaratkan kesihatan dan jantung anda.
 Melihat situasi terkini tahap kesihatan rakyat Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia telah menyarankan agar semua rakyat Malaysia yang dewasa berumur 30 tahun dan ke atas menjalani ujian saringan ini setahun sekali. Jika anda mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit NCD di bawah umur 50 tahun, berlebihan berat badan atau obes, maka anda perlu mula menjalani ujian saringan seawal umur 20 tahun.

Dengan mengamalkan saranan di atas, anda dan ahli keluarga mampu untuk mengurangkan beban akibat penyakit kardiovaskular. Walau bagaimanapun, tidak semua penyakit kardiovaskular boleh dicegah. Jika anda mengesyaki ada ahli keluarga yang mendapat serangan sakit jantung atau strok, dapatkan rawatan perubatan dengan serta merta.


Kenapa Senaman Baik untuk Jantung?




Menurut Datuk Dr. Khoo Kah Lin, Pakar Runding Kardiologi & Irene Nazira Lee, Jurulatih Kecergasan, aktiviti fizikal yang tidak mencukupi menjadi faktor risiko utama bagi sakit jantung koronari. Secara perbandingannya, risiko sakit jantung koronari yang dikaitkan dengan ketiadaan aktiviti fizikal adalah antara 1.5 hingga 2.4, iaitu peningkatan risiko yang sebanding dengan kadar kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi dan merokok.



Sebenarnya kegiatan ringan atau sederhana, walaupun dilakukan selama 30 minit sehari boleh membawa manfaat. Aktiviti yang dimaksudkan termasuk berjalan kaki sambil bersiar-siar, naik tangga, berkebun, membersihkan laman, kerja rumah yang sederhana atau berat, menari dan senaman di rumah.

Senaman berbentuk aerobik yang lebih cergas seperti berjalan pantas, berlari, berenang, berbasikal, luncur kasut roda dan lompat tali pula merupakan cara terbaik untuk meningkatkan tahap kecergasan jantung dan paru-paru.


Semua orang sedar betapa pentingnya senaman untuk menjaga kesihatan jantung tetapi tidak melakukannya kerana tidak tahu tentang manfaatnya. Berikut adalah beberapa faedah bersenam untuk jantung:

* Mengurangkan risiko sakit jantung dengan meningkatkan aliran darah di seluruh badan

* Mengawal berat badan

* Memperbaiki tahap kolesterol darah

* Mencegah dan menguruskan tekanan darah tinggi

* Meningkatkan tenaga

* Membantu mengurangkan tekanan

* Mengurangkan ketegangan

* Melegakan kebimbangan dan kemurungan dan menaikkan minat dan semangat

* Memupuk amalan yang menyihatkan jantung di kalangan kanak-kanak dan mengurangkan masalah yang menyebabkan sakit jantung dan strok (kegemukan, tekanan darah tinggi, kandungan kolesterol tinggi, amalan gaya hidup kurang baik dan sebagainya) apabila usia lanjut

* Di kalangan orang yang lebih tua, ia membantu mencegah atau mengelakkan penyakit kronik dan penyakit yang dikaitkan dengan proses penuaan dan mengekalkan kualiti kehidupan dan kemampuan untuk berdikari.

Arus pemodenan telah menjadikan kehidupan kita lebih mudah dan selesa. Pernahkah anda tertanya mengapa moyang dan datuk nenek kita hidup lebih lama daripada anak-anak kita hari ini.

Puncanya mungkin sikap malas dan kurang melakukan kegiatan fizikal. 
Sudah tiba masanya kita menjaga kesihatan jantung dengan bersenam hari ini!



Makanan yang Sihat untuk Jantung

Jantung merupakan organ penting manusia. Ia berfungsi mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh badan. Makanan yang mengandungi Omega 3 adalah salah satu makanan terbaik untuk jantung kita.

Berikut 10 makanan yang baik supaya jantung sihat.

Salmon

Ikan yang kaya asid lemak omega-3 ini efektif menurunkan tekanan darah dan mencegah pembekuan darah. Makanlah dua keping salmon seminggu. Ia mengurangkan risiko meninggal akibat serangan jantung hingga 33 peratus.

“Salmon mengandungi karotenoid astaxanthin, yang merupakan sebuah antioksida kuat,” menurut Stephen T. Sinatra, MD, penulis Lower Your Blood Pressure In Eight Weeks, health.com.
Avocado

Menambah lemak sihat ke dalam diet anda. Makanan yang kaya lemak tunggal tidak tepu ini mampu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL dalam tubuh.

“Avokat sangat baik.Makanan ini memungkinkan penyerapan karotenoid lain, khususnya betakaroten dan lycopene, yang sangat penting untuk kesihatan jantung,” menurut Sinatra.
Minyak zaitun

Minyak zaitun kaya akan lemak tunggal tidak tepu.Ia adalah pengganti baik bagi mentega.




Kekacang


Kacang-kacang seperti walnut dan almond .



Kacang peas

Tambah pengambilan kacang peas, seperti kacang merah dan kacang hitam.


Berries

Blueberries, raspberries, strawberi dan jenis beri lainnya kaya anti radangan.Berfungsi mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser.

Bayam

Bayam kaya akan berbagai komponen sihat seperti lutein, folat, kalium dan serat.

Biji rami (linseed)

Biji rami kaya dengan serat dan omega-6.Pengambilan biji rami

dicampurkan dengan oatmeal.

Kacang Soya

Kacang soya membantu menurunkan kadar kolesterol karena rendah lemak.





Jantung Sihat Sepanjang Hayat



Pelbagai gambaran telah kita lihat mengenai gaya hidup moden yang meliputi diet, senaman, waktu bekerja dan penggunaan produk tembakau. Kita memakan makanan segera yang mengandungi kadar lemak yang tinggi, natrium dan karbohidrat murni. Kita kurang bersenam kerana sibuk bekerja di dalam pejabat yang berhawa dingin. Ramai yang masih merokok walaupun harga rokok naik tiap-tiap tahun.

Sudah sampai masanya untuk kita semua mengambil berat tentang kesihatan kita. Kita tidak mempunyai cara lain melainkan mengubah gaya hidup kita. Menjalani gaya hidup sihat memerlukan komitmen.

Ingat, penyakit jantung dan strok tidak menyerang mereka yang gemuk sahaja. Orang kurus juga diserang penyakit jantung dan strok. Orang gemuk yang bertenaga (fit) mempunyai risiko mengidap penyakit kardiovaskular yang lebih rendah berbanding dengan orang kurus yang lemah. Untuk menjadi bertenaga, anda perlu menjalani gaya hidup sihat. 

Jika kita selalu bersenam, makan dalam kuantiti sederhana, makan makanan seimbang, tidak meminum alkohol, tidak merokok dan mempunyai rehat yang cukup, besar kemungkinan jantung kita akan kekal sihat untuk tempoh masa yang lama.


Pengambilan Suplemen untuk Kekalkan Kesihatan Jantung


Pelbagai jenis suplemen boleh didapati untuk membantu kita mengekalkan kesihatan organ dalaman kita terutamanya jantung.





Bio Ever Nano Cream 

Insya Allah, pasti boleh!!

Produk kesihatan yang sangat serbaguna...


Bagaimana Bio Ever berfungsi??

- melancarkan perjalanan darah
- membuang toksin dalam badan
- 'clear'kan bahagian yang ada blockage
- renew sel-sel yang rosak/mati pada tubuh badan
- menstabilkan hormon
- dan banyak lagi!!



Garam Buluh & Mineral Coffee






Kenapa Garam Buluh & Mineral Coffee turut membantu?






Sifat alkali & high magnesium dalam kedua-dua produk ni boleh menuetralkan asid dalam badan kita. Juga membantu supaya badan lebih bertenaga & mempercepatkan proses penyembuhan penyakit dalam badan. Insya Allah!


Sila sms saya di 019-5452006

atau inbox facebook: Bio Ever Siti Fathimah

atau hubungi konsultan Smart Tycoon Group anda
untuk tahu lebih lanjut tentang pengambilan produk kesihatan yang dicadangkan.


Semoga dengan tip-tip ringkas ini dapat memberi panduan berguna utk kita sentiasa menjaga kesihatan diri kita. Insya Allah.


No comments:

Post a Comment