Apa Itu Buasir?
Penyakit buasir atau Hemmoroid ialah sejenis penyakit yang boleh terjadi dibahagian dubur. Ia terjadi apabila saluran darah venus (veins) yang mengembang dan bengkak di sekitar dubur (rektum dan anus).
Ada dua jenis buasir yang utama iaitu:
Buasir Luar.
Ia berlaku di bawah kulit, betul-betul di luar pembukaan dubur. Ia mungkin akan menyebabkan sakit dan rasa gatal, terutamanya semasa pembuangan air besar. Buasir jenis ini agak lembut (jika dipegang dengan tangan). Ia selalunya berbentuk bulat, berwarna purple.
Buasir Dalam.
Buasir jenis ini berlaku di bahagian dalam rektum. Selalunya buasir jenis ini tidak sakit. Penderita buasir jenis ini hanya akan menyedari masalah yang menimpanya bila terdapat darah yang keluar dari duburnya.
Peringkat Buasir
Buasir ni ada 4 peringkat.
Jika ada tanda-tanda seperti di bawah , segera berjumpa denagn doktor untuk mengelakkan ia berlarutan.
Tahap 1
Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.
Tahap 2
Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan masuk balik kat dubur tu.
Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan masuk balik kat dubur tu.
Tahap 3
Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal, maknanya perlu ditolak mengggunakan jari,memang sakitlah sikit.
Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal, maknanya perlu ditolak mengggunakan jari,memang sakitlah sikit.
Tahap 4
Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur. Memang sakit dan perlu dibedah kalau dah berada di tahap ini.
Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur. Memang sakit dan perlu dibedah kalau dah berada di tahap ini.
Saluran darah venus di bahagian anus dan rektum adalah sangat sensitif terhadap tekanan. Pertambahan tekanan ini boleh menyebabkan buasir.
Sebenarnya buasir hanya berlaku pada manusia sahaja kerana manusia secara azalinya berdiri di atas dua kaki.
Ini memberikan tekanan kepada saluran venus di kawasan dubur sebanyak tiga kali ganda berbanding apa yang dialami oleh binatang-binatang lain yang berjalan menggunakan empat kaki.
Di samping itu, tekanan di dalam perut yang menyebabkan pertambahan tekanan di bahagian dubur juga adalah faktor utama berlakunya buasir.
Duduk atau berdiri dalam jangka masa yang terlalu lama
Orang yang selalunya terpaksa duduk atau berdiri dengan lama lebih berkemungkinan untuk mendapat penyakit ini. Berdiri akan menyebabkan berlakunya peningkatan dalam tekanan, menyebabkan saluran venus membengkak atau terkeluar.
Sembelit
Najis yang besar dan kering memerlukan teranan yang kuat untuk membuangnya. Ini menyebabkan berlakunya peningkatan tekanan pada salurang venus di bahagian dubur, menyebabkannya membengkak dan menjadi buasir. Sekiranya ada buasir dalaman pada masa tersebut, ia mungkin akan ditolak keluar.
Berat badan berlebihan
Berat badan berlebihan memberikan tekanan yang lebih kepada saluran venus.
Mengandung
Mengandung adalah penyebab utama buasir kepada wanita muda. Ia berlaku bila adanya tekanan yang meningkat disebabkan oleh rahim yang membesar.
Di samping itu, bekalan darah wanita yang mengandung sememangnya meningkat lebih daripada biasa. Ini dengan sendirinya memberikan sedikit tekanan kepada saluran venus.
Hormon yang hadir semasa wanita mengandung pula menyebabkan otot-otot menjadi lebih "relax", dan ini memburukkan lagi keadaan. Ditambah pula dengan fakta bahawa proses mengandung itu sendiri selalunya menyebabkan berlakunya sembelit. Wanita yang mengandung perlu meminum air yang banyak untuk membantu mengurangkan masalah ini.
1. Rasa sakit yang berdenyut-denyut , rasa gatal pada lubang dubur.
2. Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar dan rasa kepanasan di situ.
3. Sukar untuk membuang air besar dan rasa tidak selesa pada bahagian dubur apabila berdiri lama atau bertinggung.
4. Kesakitan pada bahagian dubur menyebabkan pesakit akan mengalami perubahan di dalam corak membuang air besar.
5. Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
6. Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
7. Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur.
6. Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
7. Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur.
Jika ada tanda-tanda penyakit buasir seperti yang dinyatakan, pesakit perlu memahami keadaan penyakit jika ingin mendapatkan ubat bagi merawat buasir.
Namun demikian, sekiranya terdapat tanda-tanda tambahan seperti pendarahan, najis atau cairan terkeluar dengan sendirinya tanpa disedari, penyakit buasir yang terjadi berulang kali atau buasir yang tidak sembuh melalui pengubatan sendiri selepas seminggu, maka pesakit perlulah mendapatkan rawatan lanjut daripada doktor pakar.
Ini kerana kemungkinan terdapat penyakit-penyakit yang lebih serius yang diakibatkan oleh buasir tersebut termasuklah:
2. Luka pada saluran dubur yang disebabkan oleh nanah yang bocor.
3. Kanser pada bahagian dubur yang dicirikan juga dengan sembelit, pendarahan dan kesakitan pada kawasan dubur.
4. Ketumbuhan pada kawasan dubur.
Komplikasi Penyakit Buasir
Komplikasi yang terjadi akibat dari buasir jarang dilihat tetapi ia boleh terjadi dan ia merangkumi:
Anemia
Kehilangan darah yang sangat banyak akan menyebabkan anemia(kurang darah merah).Oleh sebab itu kita akan cepat merasa letih dan lemah-lemah badan .
Gangrene
Dalam sesetengah keadaan pesakit mengalami sakit yang teruk hingga menyebabkan tisu mati atau rosak.
Adakah buasir penyakit keturunan ?
Tidak ada bukti yang sahih menyatakan bahawa buasir adalah penyakit yang diwarisi. Bagaimanapun ada keluarga yang nampaknya lebih cenderung menghidap penyakit ini berbanding keluarga lain. Ini berlaku mungkin kerana pemakanan yang diamalkan oleh sesebuah keluarga tersebut.
Adakah buasir akan menyebabkan kanser ?
Buasir tidak menyebabkan kanser atau bertukar menjadi kanser. Haruslah diingat bahawa pendarahan di bahagian dubur mungkin bukan disebabkan oleh buasir sahaja. Pendarahan mungkin adalah sebagai tanda awal penyakit kanser usus. Adalah sangat mustahak untuk anda membuat pemeriksaan lanjut sekiranya berlaku pendarahan di bahagian dubur anda, atau bila anda mendapati najis anda menjadi merah atau hitam (darah telah bercampur dengan najis).
RAWATAN
1) Ubat-ubatan
Jika buasir yang dialami oleh pesakit hanya menyebabkan rasa tidak selesa,doktor akan mencadangkan pesakit menggunakan ubat sapu atau lampin.Ubat-ubat yang diberi oleh doktor mengandungi witch hazel atau hydrocortisone yang boleh melegakan kesakitan dan kegatalan.
Pesakit dinasihatkan tidak menggunakan ubat sapu lebih dari seminggu melainkan yang disarankan oleh doktor ,kerana ia akan menyebabkan ruam pada kulit,radang dan kulit menipis.
2) Rawatan yang mudah
Jika ketulan darah terbentuk pada buasir luaran (external hemorrhoid),doktor akan melakuakan torehan yang kecil untuk membuangnya.Rawatan tersebut cepat dan kurang komplikasinya.
3) Rawatan lain
Doktor akan melakukan rawatan lain jika pendarahan pesakit buasir berterusan ataupun buasir yang menyakitkan antaranya :
- menyekat pendarahan dengan gelang getah yang kecil (Rubber band ligation)
- suntikan untuk mengecutkan tisu di sekitar anus.
- teknik pembekuan - teknik ini menggunakan laser atau cahaya infrared atau haba.
4) Kaedah pembedahan
Jika kaedah-kaedah di atas tidak berhasil atau pesakit mengalami buasir yang teruk ,kaedah pembedahan akan disarankan oleh doktor. Antaranya adalah :
- Pembedahan membuang buasir (hemorrhoidectomy)
Doktor bedah akan mengeluarkan lebihan tisu yang menyebabkan pendarahan. Cara ini amat bekesan dan dapat membuang sepenuhnya penyakit buasir,tetapi mempunyai risiko yang tinggi.
Antaranya susah membuang air kecil dan jangkitan pada sistem perkumuhan. Kesakitan pembedahan boleh diatasi dengan ubat-ubatan.
- Pencantuman(stapled hemorrhoidectomy atau stapled hemorrhoidopexy)
Ini adalah kaedah menghalang aliran darah ke tisu buasir. Pesakit akan kurang mengalami kesakitan dan boleh kembali bekerja lebih awal.Tetapi risiko kaedah adalah jauh lebih tinggi berbanding hemorrhoidectomy,seperti risiko penyakit berulang dan rektum pecah .
Berbincanglah dengan doktor anda mengenai rawatan yang terbaik untuk merawat buasir.
Penjagaan selepas pembedahan penting untuk mengurangkan kesakitan pembedahan dan juga bagi megelakkan penyakit buasir berulang kembali.
Antaranya penjagaan yang perlu ialah :
- Menggunakan krim untuk buasir
- Pastikan kawasan anus sentiasa dibersihkan dengan air suam. Sabun tidak diperlukan kerana mungkin akan menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk
- Menggunakan ais bagi mengurangkan kesakitan pada anus
- Jangan menggunakan kertas tandas yang kering dan tidak berbau wangi dan beralkohol.
- Mengambil ubat penahan sakit seperti acetaminophen (Tylenol) aspirin atau ibuprofen dan mesti mendapat kelulusan daripada doktor bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.
Pencegahan & Gaya Hidup
Pemakanan yang sihat
Pemakanan yang sihat terutamanya yang mengandungi serat yang tinggi akan mengurangkan risiko berlakunya sembelit.
Makan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin berserat tinggi untuk memudahkan pembuangan air besar.
Minum air yang banyak
Minum air 6-8 gelas air setiap hari. Elakkan alkohol.
Senaman
Senaman yang kerap dan berjadual akan memberikan "tone" yang sihat kepada otot-otot yang berkaitan. Ini mengurangkan lagi risiko menghidap buasir. Ia juga dapat mengurangkan berat badan.
Makanan tambahan berasaskan fiber
Membantu melegakan simptom dan pendarahan buasir. Dapatkan produk yang boleh melembutkan najis dan memudahkan ia keluar.
Usus kita panjangnya 6 kali ketinggian kita. Jadi bayangkan semuanya dibelitkan dalam bahagian perut kita. Menurut pakar, walaupun kita membuang air besar setiap hari, masih ada 6-8 paun najis terlonggok dlm usus kita yg tidak keluar.
Jangan meneran
Meneran dan menahan nafas ketika membuang air besar menyebabkan tekanan yang tinggi pada salur darah dibawah rektum.
Jangan bertangguh untuk membuang air besar
Jika anda melengah-lengahkannya, najis akan kering dan susah dikumuh dan seterusnya akan menyebabkan sembelit.
Elakkan berdiri atau duduk terlalu lama
Duduk terlalu lama terutamanya di dalam tandas akan meningkatkan tekanan salur darah pada anus. Ini juga termasuk tandas moden di mana kerana terlalu selesa ramai yang suka membaca sambil membuang air, di US kadar buasir amat tinggi dan terlalu biasa, lebih kurang 1 drpd 5 orang.
Kalau tidak suka menggunakan tandas cangkung pendekkan masa penggunaan tandas moden. Aktiviti berat haruslah dielakkan apabila mempunyai buasir dan ketika ingin mengangkat barangan berat gunakan cara yang betul.
Ambillah makanan atau minuman yang mengandungi prebiotik dan probiotik
Dalam usus kita terdapat banyak bakteria. Utk keadaan usus yg sihat, kena pastikan nisbah bakteria bagus kepada bakteria jahat adalah 80:20. Jadi ambilah prebiotik dan probiotik, bakteria bagus untuk dibiakkan dlm usus kita.
Bakteria yang bagus adalah bifidus yang bertindak membebaskan gas karbonik yg boleh mengembangkan dinding usus kita and membuang najis terlonggok itu. Prebiotik itu adalah makanan kepada probiotik.
Suplemen Bagi Pencegahan & Rawatan Buasir
Bio Ever Nano Cream
- melancarkan perjalanan darah
- membuang toksin dalam badan
- 'clear'kan bahagian yang ada blockage
- renew sel-sel yang rosak/mati pada tubuh badan
- menstabilkan hormon
- dan banyak lagi!!
Membantu memulihkan masalah sembelit!
Garam Buluh & Mineral Coffee
Membantu membuang toksin dalam badan & memulihkan masalah sembelit!
Lacto-Lite
LactoLite ni ialah minuman kesihatan serbuk yogurt kultur hidup dan inulin. LactoLite membantu menjaga dan MEMBERSIHKAN dan MEMULIHKAN sistem dalam usus kita.
Kultur Hidup ni membantu dalam pencernaan, tingkatkan pergerakan usus, membantu penghadaman, menggalakkan pertumbuhan Bifidobacteria. Inulin membantu pertumbuhan bakteria baik dalam sistem penghadaman.
Lain-lain kelebihan Lactolite:
* Menyingkirkan toksin badan
* Menggalakkan metabolism
* Mengurangkan beban badan
* Menggalakkan pertumbuhan bakteria baik
* Membantu dalam penghadaman
* Membantu melegakan sembelit
* Membantu sintesis vitamin
Jangan tunggu sehingga masalah buasir anda menjadi kronik dan terpaksa menjalani pembedahan!!
Pilihan di tangan anda...
Cegah sebelum parah....
Cegah sebelum parah....
Sila sms saya di 019-5452006
atau inbox facebook: Bio Ever Siti Fathimah
atau hubungi konsultan Smart Tycoon Group anda
untuk tahu lebih lanjut tentang pengambilan produk kesihatan yang dicadangkan.
No comments:
Post a Comment